PROJEK SERAM :MITOS


PROJEK SERAM :MITOS

MIYONGKKAE - Hafiz, seorang pembunuh upahan merupakan satu-satunya mangsa yang terselamat dalam nahas letupan pesawat. Dia yang ditemui terdampar di pinggir sungai diselamatkan oleh sekumpulan penduduk kampung. Sepanjang berada di kampung itu, satu per satu keganjilan mula dirasainya. Struktur setiap rumah di kampung itu yang aneh. Penemuan mayat-mayat dengan tubuh terobek dan bercabik-cabik seperti dibaham binatang buas. Dan dia juga dilarang daripada berada di luar rumah tatkala malam menjelang. Semua itu menimbulkan persoalan kepada Hafiz. Seluruh penduduk di situ seolah-olah takutkan sesuatu. Tanpa diketahuinya, sesuatu bersifat kejam dan ganas turut menghuni kampung itu sejak tahun 1970-an!. MARIA LABO - Kedegilan Mirhana membawa padah apabila dia diganggu satu susuk seorang perempuan. Sejak melakukan mandian miyongkkae itu, hidupnya dirasakan menempah malapetaka. Kelibat seseorang dengan paras rupa yang menakutkan sentiasa mengekori ke mana sahaja dia pergi. Dan tiap kali datangnya jelmaan yang menyerupa seorang perempuan itu, pasti dengan sepotong ayat sumpahan. Mampukah dia lari daripada kesilapan yang dia sendiri lakukan? Mampukah lima yang lainnya membantu Mirhana keluar dari jerat yang sudah sedia membaham mangsanya?. MARYATI - Hidup Sastra dipenuhi dengan perasaan dendam. Separuh daripada hayatnya dihabiskan dengan kemarahan yang tidak pernah pudar. Ada sesuatu yang berbekas di dalam jiwa. Ada hati yang sudah terlalu parah disakiti. Kehadiran Maya menambahkan lagi rasa kebencian. Gangguan semakin menjadi-jadi. Sehingga pada suatu hari, Maya hilang. Apakah yang sebenarnya terjadi? Mengapa Sastra membenci Maya? Siapakah Maryati?


Parallel Title DI KALA MALAM MENJELMA, DIA DATANG MEMBURU NYAWA!
Author AKMA SAIDON
ISBN 9789674463342
ISSN
Call Number F AKM 2017
Publication GRUP BUKU KARANGKRAF SDN. BHD.
Publisher SHAH ALAM, SELANGOR
Year 2017
Physical Description 432 PAGES ; 19 CM
Subject HORROR TALES, MALAYSIAN
MALAYSIAN FICTION (MALAY)
MALAY FICTION
Related Names EQBAL MOHAYDEEN
SUZANI NADZIR
URL

All Rights Reserved 2026

© ELIAS

Use Chrome or Firefox to experience the best display

Mobile display response to your device options

 

Version 5.4.3

Today: 6338 This Week: 33954 This Month: 144005 Total: 5647998