YES! CAPTAIN ZUL AARYAN


YES! CAPTAIN ZUL AARYAN

Pertemuan mereka di lapangan terbang Melbourne telah mencetuskan ‘peperangan.’ “Woi, perempuan!!! Kau gila ke?!” – Zul Aaryan “Ya, memang saya gila! Harap kita tak terserempak lagi. Risau kalau muka awak pula yang kena simbah lepas ni. Bye!” – Zara Andrea Dan mereka bertemu lagi. Kali ini di dalam pesawat pula. Lebih mengejutkan, pesawat itu dikemudikan oleh Zul Aaryan sebagai captain yang bertugas. Pergaduhan bersambung lagi. “Kau siapa nak saman airlines ni? Kau ada bukti ke?” – Zul Aaryan. “Everything’s here. Awak dah boleh ready, maybe ni last flight awak pegang title sebagai seorang captain.” – Zara Andrea Aaryan rasa tercabar. Dia tidak akan sesekali membiarkan dirinya menjadi mangsa ugutan Andrea. Bukti yang ada pada gadis itu dihapuskan dengan harapan mereka tidak akan bertemu lagi. Tapi sebaliknya, makin kerap pula mereka bertemu. Dan setiap itu jugalah perang dunia akan meletus sehingga menimbulkan kebencian. Kata orang, jangan benci sangat, bimbang nanti jadi jodoh. Dan benarlah, mereka telah dijodohkan atas permintaan keluarga. Masing-masing menentang perkahwinan yang diatur, namun siapa mereka untuk menolak takdir? “We should just get married...” – Aaryan. “Get married? Untuk apa? Kita bukannya saling mencintai. – Andrea “Just for one month.” – Aaryan Andrea bersetuju dengan perjanjian Aaryan. Hanya sebulan dia akan hidup bersama Aaryan, tetapi mampukah mereka bertahan dengan perangai masing-masing selama sebulan itu?


Parallel Title
Author WNFHANNA
ISBN 9789672803461
ISSN
Call Number F WNF 2024
Publication IDEA KREATIF PUBLICATION
Publisher KAJANG, SELANGOR
Year 2024
Physical Description 774 PAGES ; 18 CM
Subject MALAY FICTION
MALAYSIAN FICTION (MALAY)
Related Names
URL
Availability:
The Lake Library Cafe MPSepang ( 1 Copy )

All Rights Reserved 2026

© ELIAS

Use Chrome or Firefox to experience the best display

Mobile display response to your device options

 

Version 5.4.3

Today: 676 This Week: 0 This Month: 99355 Total: 5603348