LURUH


LURUH

Kutanggalkan beban yang membalut tubuhku. Dan, kubiarkan selimut kemaafan mendakapku. Walau hilang segalanya… Daneen cuba kutip sisa kekuatan demi seranting harapan. Tapi, bila mama dan kakak pergi menghadap Ilahi, ayah pula menafi kehadirannya… Daneen sedar yang ranting harapan itu terlalu halus untuk dia berpaut. Patah. Terhempas. Lebur. Kerana itu dia cuba melawan kezaliman dengan cara yang tidak bermoral sebagai senjata terakhir. “Kau tekad nak teruskan business ni? Yang rugi nanti… kau. Kau akan hilang segalanya…”-MALIKI “Benda paling bagus bila tak punya apa-apa ni, saya tak perlu risau lagi tentang kehilangan…” - DANEEN Daneen kalah. Maliki berjaya memasung kedua-dua kaki dan tangannya. Membenarkan Maliki menakluknya adalah sesuatu yang tidak pernah dia rela tapi jika ini muslihat terakhir permainan, Daneen terima. Dia perlu menang satu hari nanti. Maliki nekad melindungi dan menyayangi. Tapi, Daneen pergi tanpa dapat dikesan. Maliki panasaran. Dia kecewa kerana Daneen tidak beri waktu untuk dia tunaikan segala janji. Tujuh tahun Daneen berjuang demi keadilan. Tujuh tahun Maliki bertahan kerana rindu dan setia. Mereka teguh demi janji masing-masing yang tak pernah tertunaikan. Namun, sekali lagi Daneen dikhianati oleh mereka yang dia percaya saat Maliki muncul di depan mata. “Jauhi aku! Atau kau akan musnah!” - DANEEN “Daneen dah musnahkan abang sejak tujuh tahun lalu...” - MALIKI Indahnya luahan cinta Maliki tidak pernah dapat menimbulkan rasa pada hati yang telah lama karam dalam darah yang masih mengalir. Cukuplah Dareeyan; yang Tuhan hantar saat dia berputus asa. Bila ayah ada, kepingan bahagianya akan lengkap. Yang dingin bertambah dingin. Yang keruh terus keruh. Biar sekuat mana Daneen menolak, segagah itu juga Maliki bertahan. Luka Daneen sukar diubati dengan pujukan. Hatinya diasuh menjadi kejam sehingga mampu tertawakan kematian. Kegilaan ini perlu dihentikan. Tapi, sukar. Maliki pilih untuk kalah setelah kehilangan satu nyawa dan demi menyelamatkan satu nyawa. Berharap beban di hati Daneen pergi bersamanya. Saat menghadapi kehilangan yang tersayang buat ke sekian kali, Daneen sedar… lelaki ini telah lama ada dalam hatinya. Perlukah dia korbankan segala usaha dan janji? Membiarkan semuanya gugur bagai daun kering yang #LURUH?


Parallel Title
Author REHAN MAKHTAR
ISBN 9789674692315
ISSN
Call Number F REH 2025
Publication PENEBITAN KARYASENI SDN. BHD.
Publisher CHERAS, SELANGOR
Year 2025
Physical Description III, 717 PAGES ; 19 CM
Subject MALAY FICTION
MALAYSIAN FICTION (MALAY)
Related Names
URL
Availability:
The Lake Library Cafe MPSepang ( 1 Copy )

All Rights Reserved 2026

© ELIAS

Use Chrome or Firefox to experience the best display

Mobile display response to your device options

 

Version 5.4.3

Today: 669 This Week: 0 This Month: 99348 Total: 5603341