PROJEK SERAM :GUNUNG


PROJEK SERAM :GUNUNG

RAJA GUNUNG - Kisah ini bermula apabila perasaan hasad dengki menguasai hati. Gelaran ‘Raja Gunung’ yang selama ini disandang oleh Shazwan rupa-rupanya ingin dirampas sehingga terjadinya tragedi. Lebih menyedihkan apabila kawan sendiri menjadi pengkhianat. Tidak sangka gelaran ‘Raja Gunung’ yang dibangga-banggakan selama ini akhirnya memakan diri sendiri. “Beberapa jam lagi ritual akan bermula. Harap kamu semua bersedia. Malangnya, tiga orang rakan kamu masih belum ditemui. Mereka hanya bernasib baik kerana tidak perlu mati pada malam ini. Tetapi tetap akan dicumbu maut selagi mereka masih berada di pergunungan ini.” TALBIS - Daniyal yang terkena sihir pawang orang asli berjaya dipulihkan oleh Rashidi. Daniyal berasa sangat kagum dengan ilmu batin yang dimiliki oleh anak muda itu. Timbul keinginan di hati Daniyal ingin mempelajari ilmu itu. Apatah lagi Syatila masih tidak serik dan menggunakan ilmu hitam pula untuk memiliki cinta Daniyal. Lebih membimbangkan apabila Zandra, tunang Daniyal turut menjadi sasaran Syatila. Kegilaan Syatila menjadi penyebab untuk Daniyal menguasai ilmu yang sama dengan Rashidi. Daniyal perlu bertapa di sebuah gunung. Namun mampukah Daniyal melepasi segala dugaan yang menjadi syarat untuk memiliki ilmu batin itu? PETUALANG - Seorang wartawan bernama Rashdan yang mengalami Post Traumatic Stress Disorder (PTSD) atau gangguan stres selepas trauma cuba memulihkan keadaan mentalnya dengan bercuti di sebuah kampung berhampiran sebuah gunung. Dia terjebak dalam rancangan untuk meneroka lombong lama dan rumah peninggalan pegawai Inggeris di atas gunung setelah bercerita dengan penduduk kampung. Mimpi aneh yang sering dialaminya dianggap sebagai satu petanda. Satu demi satu rahsia terbongkar hingga menyebabkan seorang demi seorang hilang dalam kumpulan pendaki itu.


Parallel Title DIA BERDENDAM DEMI MENJADI YANG PALING BERKUASA!
Author ARIFFUL BAQI
ISBN 9789674980764
ISSN
Call Number F ARI 2020
Publication GRUP BUKU KARANGKRAF SDN. BHD.
Publisher SHAH ALAM, SELANGOR
Year 2020
Physical Description 390 PAGES ; 19 CM
Subject HORROR TALES, MALAYSIAN
MALAY FICTION
MALAYSIAN FICTION (MALAY)
Related Names FITRI HUSSIN
S. KAUSARI
URL

All Rights Reserved 2026

© ELIAS

Use Chrome or Firefox to experience the best display

Mobile display response to your device options

 

Version 5.4.3

Today: 2254 This Week: 25677 This Month: 9364 Total: 4730697