PROJEK SERAM :TANAH


PROJEK SERAM :TANAH

GEGAR TANAH - Daniel dan Natasya ditimpa kemalangan teruk ketika melalui lebuh raya untuk ke Sungai Petani. Dalam keadaan nyawa-nyawa ikan, pasangan suami isteri ini didatangi makhluk berlidah panjang yang sedia untuk meragut nyawa. Tanpa diduga, datang seorang lelaki misteri yang membantu dan kemudian membawa mereka ke sebuah kampung yang terselindung dari pandangan orang biasa. Siapa Bidan Sufiah dan Khalif? Apa sengketa mereka dengan Dukun Jamilah? Dan sebenarnya... di mana mereka berada sekarang?. PETAKA - Athira salah seorang ahli kumpulan pementasan teater Persatuan Belia Laksamana Bayu Sutera mencadangkan kumpulannya untuk menggunakan tanah lapang bersebelahan balai raya kampung mereka sebagai tempat latihan pementasan mereka. Uwaish selaku ketua pementasan teater itu bersetuju tanpa berfikir panjang akibat tindakannya itu walaupun ditegah oleh Wirda. Persetujuan daripada ahli yang lain juga melegakan kembali hati Uwaish yang walang. Kata putus dibuat dan sejak itulah tapak tanah itu dijadikan tempat latihan buat mereka. Tanpa mereka sedar, ada mata yang memandang. Tanpa mereka tahu, ada semangat yang telah mereka hidupkan kembali!. AYUNAN RESORT - Tahun berganti tahun, akhirnya sebuah tanah yang dahulunya menjadi tempat pemujaan dan menyembahan telah dibeli oleh seorang hartawan yang terkenal. Tanah yang dahulunya tiada sesiapa di kalangan penduduk Kampung Seberang berani hadir, kini sudah terbina sebuah resort yang tersergam indah dan menarik untuk para pelancong menginap dan bersantai. Akan tetapi satu demi satu peristiwa hitam dan berdarah berlaku di resort berkenaan. Sehinggalah datang seorang novelis seram terkenal ke resort itu. Apakah pengakhiran kisah di tanah resort itu? Adakah tanah itu akan terus bermandi dengan darah?


Parallel Title JANJI DITABUR MENUNTUT GALANG GANTI!
Author SYAIDA ILMUNA
ISBN 9789674463571
ISSN
Call Number F SYA 2017
Publication GRUP BUKU KARANGKRAF SDN. BHD.
Publisher SHAH ALAM, SELANGOR
Year 2017
Physical Description 402 PAGES ; 19 CM
Subject HORROR TALES, MALAYSIAN
MALAYSIAN FICTION (MALAY)
MALAY FICTION
Related Names AKMA SAIDON
SAIDEE NOR AZAM
URL

All Rights Reserved 2026

© ELIAS

Use Chrome or Firefox to experience the best display

Mobile display response to your device options

 

Version 5.4.3

Today: 6338 This Week: 33954 This Month: 144005 Total: 5647998