IMAM MALIK :PENGASAS MAZHAB MALIKI
Imam Malik Rahimahullah . Beliau mempunyai akal yang sangat cerdas. Beliau mampu menghafal Al-Quran ketika masih kecil. Kecerdasan yang dimilikinya tidak disia-siakannya. Beliau pernah belajar daripada 900 orang guru daripada kalangan tabiin dan tabi’ tabiin. Sehingga pada akhirnya beliau menyusun kitab Al Muwaththa’ yang mengambil waktu 40 tahun untuk disusun. Imam Malik Rahimahullah atau nama sebenar beliau Malik bin Anas bin Malik bin `Amir Al-Harith dilahirkan di Kota Madinah pada 93 Hijrah bersamaan dengan tahun 713 Masihi, iaitu pada zaman pemerintahan Khalifah Sulaiman bin Abdul Malik daripada kerajaan Bani Umaiyah. Beliau berasal dari keturunan Arab yang terhormat dan dimuliakan oleh masyarakat kerana datuknya Amir bin Al-Harith banyak berkorban bersama Nabi Muhammad s.a.w. dalam menegakkan agama Islam.
| Parallel Title | |
|---|---|
| Author | ABDUL LATIP TALIB |
| ISBN | 9789672234050 |
| ISSN | |
| Call Number | 297.18 ABD 2020 |
| Publication | LATIP DAN KELUARGA ENTERPRISE |
| Publisher | KUALA KLAWANG, NEGERI SEMBILAN |
| Year | 2020 |
| Physical Description |
XVIII, 237 PAGES, 1 UNNUMBERED PAGE :ILLUSTRATIONS ; 22 CM
|
| Subject |
ISLAMIC STORIES, MALAY
IMAMS (SHIITES) MUSLIM SCHOLARS |
| Related Names | |
| URL |

