IMAM HANAFI :PENDEBAT KEBENARAN


IMAM HANAFI :PENDEBAT KEBENARAN

Nama sebenarnya An-Nukman bin Thabit lahir pada tahun 80 hijrah 99 masihi di sebuah kampung bernama Anbar di daerah Kufah, Baghdad. Mendapat gelaran Abu Hanifah kerana mempunyai seorang anak bernama Hanifah. Tetapi ada pula yang mengatakan beliau suka membawa dakwat ke mana sahaja beliau pergi lalu digelar Hanifah bererti dakwat dalam bahasa Parsi. Kemudian beliau lebih dikenali sebagai Imam Hanafi. Beliau berkata “Aku memberi hukum berdasarkan al Quran. Sekiranya tidak terdapat dalam al Quran aku gunakan hadis. Jika tidak terdapat pada keduanya (al Quran dan hadis) aku gunakan pendapat para sahabat Rasulullah SAW. Aku berpegang pada pendapat siapa sahaja daripada mereka dan membuang mana-mana pendapat yang bertentangan dan aku berpegang pada pendapat yang benar sahaja.” Beliau dikurniakan umur yang panjang. Beliau sempat hidup di bawah pemerintahan kerajaan khalifah Bani Umaiyah dan Bani Abbasiyah. Beliau terkenal sebagai seorang yang ahli dalam ilmu fikah dan tauhid. Beliau belajar daripada lebih 200 ulama yang terbilang pada masa itu. Antaranya Abdullah bin Umar, Abdullah bin Abbas dan Abdullah bin Masud. Beliau juga sangat terkenal dengan kebolehan berdebat. Kebolehannya itu sangat dihormati lawan dan kawan. Imam Abu Hanifah meninggal dunia dalam penjara pada tahun 150 hijrah ketika berumur 70 tahun. Beliau dikebumikan di tanah perkuburan al Khaizaran yang terletak di timur kota Baghdad. Novel ini menceritakan dengan lebih lanjut siapa Imam Hanafi dan mengapa beliau dianggap sebagai pendebat kebenaran.


Parallel Title
Author ABDUL LATIP TALIB
ISBN 9786297573052
ISSN
Call Number 297.61 ABD 2023
Publication LATIP DAN KELUARGA ENTERPRISE
Publisher KUALA KLAWANG, NEGERI SEMBILAN
Year 2023
Physical Description XII, 250 PAGES :ILLUSTRATIONS ; 22 CM
Subject IMAMS (SHIITES) --BIOGRAPHY
SCHOLARS, MUSLIM --BIOGRAPHY
ISLAMIC STORIES, MALAY
Related Names
URL
Availability:
The Lake Library Cafe MPSepang ( 1 Copy )

All Rights Reserved 2025

© ELIAS

Use Chrome or Firefox to experience the best display

Mobile display response to your device options

 

Version 5.4.2

Contact Us

Persiaran Semarak Api,

Taman Tasik Cyberjaya

63000 Cyberjaya, Selangor Darul Ehsan

 

Tel: 03-8319 0200 / 300

Fax: 03-8319 0220

Email: aduan@mpsepang.gov.my

(Maklumbalas Awam)

Email: webmaster@mpsepang.gov.my

(Maklumbalas Portal)

Today: 1196 This Week: 10394 This Month: 17488 Total: 3577327