TERPERANGKAP DI ISTANA GONDRONG


TERPERANGKAP DI ISTANA GONDRONG

Terperangkap di Istana Gondrong adalah sebuah kisah pengembaraan penuh debaran dan saspens. Ia menceritakan perihal kembara Alisa dengan sebatang pensel sakti ke sebuah dunia misteri penuh dengan magis. Pensel sakti dijumpai semasa Alisa mencari gunting pokok bunga ibunya di sebuah stor rumah rehat milik bapanya.Pensel Sakti meminta Alisa menyelamatkan seorang puteri yang telah diculik oleh makhluk jahat berwarna hijau yang bernama Gondrong. Sebaik sahaja sampai di istana Gondrong, pensel sakti menghilangkan diri dan Alisa telah terperangkap di situ. Alisa dipaksa menjadi budak suruhan dan melakukan kerja-kerja berat di Istana Gondrong. Segala pergerakannya sentiasa diawasi oleh ular berkepala tiga yang merupakan penjaga rumah tersebut.Pada suatu hari dia didatangi seekor rama-rama mutan itu. Rama-rama mutan menolong menunjuk arah tempat Puteri Salju dikurung. Alisa dan rama-rama mutan dapat melepaskan puteri dari tawanan. Menyedari Puteri Salju telah dilepaskan, Gondrong naik berang. Dia memukul badan Alisa dengan tongkat ular sakti. Pukulan itu menghasilkan sebuah belon besar yang menyeliputi badan Alisa, dan dia terkurung di dalamnya. Dapatkah Alisa melepaskan diri dari cengkaman Gondrong dan berjayakah Puteri Salju melepaskan diri bersama dengan rama-rama mutan dari terus terperangkap di istana Gondrong?


Parallel Title
Author MASLINA MD NOOR
ISBN 9789674151423
ISSN
Call Number JF MAS 2013
Publication MPH GROUP PUBLISHING SDN BHD
Publisher PETALING JAYA, SELANGOR
Year 2013
Physical Description 155 PAGES :COLOUR ILLUSTRATIONS ; 20 CM
Subject MALAYSIAN FICTION (MALAY)
ADVENTURE STORIES, MALAY
Related Names
URL

All Rights Reserved 2026

© ELIAS

Use Chrome or Firefox to experience the best display

Mobile display response to your device options

 

Version 5.4.3

Today: 338 This Week: 38166 This Month: 94349 Total: 4610657