HASAN AL-BANNA : PERJUANGAN BELUM SELESAI


HASAN AL-BANNA : PERJUANGAN BELUM SELESAI

Kisah pejuang Islam daripada beliau kecil sehinggalah meninggal dunia. Dilahirkan pada waktu Duha, hari Ahad 25 Syaaban 1324 Hijrah bersamaan 14 Oktober 1906. Kelahiran yang disambut dengan rasa gembira dan kesyukuran.Beliau dididik dengan sebaik-baik didikan oleh orang ayahnya, iaitu Imam Ahmad Al-Banna dan ibunya, Fudhla. Sejak kecil, dia sering bertanya kepada ayah dan ibunya mengenai Tuhan dan alam. Imam Ahmad Al-Banna menyuruh Hasan Al-Banna membaca buku fikah Imam Abu Hanifah.Hasil didikan yang baik dan sempurna itu, Hasan Al-Banna mempunyai cita-cita mengembalikan umat Islam kepada cara kehidupan Islam yang sebenar. Pertubuhan Ikhwan Muslimin sangat akrab dengan nama Hasan Al-Banna. Beliau mendirikan Pertubuhan Ikhwan Muslimin yang mana pertubuhan itu memberi inspirasi kepada gaya hidup Islam. Tidak terhad pada ibadah, tetapi meliputi muamalat harian. Namun, sejak Mesir berada di bawah perlindungan kerajaan British, Hasan Al-Banna mengisytiharkan jihad terhadap British lalu membangkitkan semangat kemerdekaan di seluruh negara. Kesannya, Ikhwan Muslimin diishtiharkan bubar oleh Perdana Menteri Mesir atas desakan pihak British yang mendakwa kononya Ikhwan Muslimin merancang hendak merampas kuasa. Sejak Ikhwan Muslimin diharamkan, semua aktiviti Hasan Al-Banna disekat sehingga beliau tidak dibenarkan pergi ke masjid untuk sembahyang berjemaah. Rumah Hasan Al-Banna juga diawasi dan pergerakannya diperhatikan. Akibat perjuangannya yang dianggap bertentangan dengan keinginan pemerintah yang dipengaruhi kuasa aning, Hasan Al-Banna akhirnya dibunuh kerana cita-cita murninya dalam memperjuangkan Islam dan seluruh umatnya. Ikuti dan hayati perjuangan Hasan Al-Banna dalam membela umat Islam di Mesir. Selepas pemergian beliau, adakah tokoh pejuang Islam yang seterusnya yang mampu menggantikan dan menyambung perjuangan jihad Hasan Al-Banna?


Parallel Title
Author ABDUL LATIP TALIB
ISBN 9789674082246
ISSN
Call Number 297.18 ABD 2014
Publication PTS LITERA UTAMA SDN BHD
Publisher BATU CAVES, SELANGOR
Year 2014
Physical Description 283 PAGES ; 19 CM
Subject ISLAMIC STORIES, MALAY
Related Names
URL

All Rights Reserved 2026

© ELIAS

Use Chrome or Firefox to experience the best display

Mobile display response to your device options

 

Version 5.4.3

Today: 599 This Week: 22537 This Month: 7227 Total: 5511220