SENAMAN SILAT WANITA UNTUK SEMUA :PANDUAN YANG PADAT DAN MENARIK
Gerak-gerak seni silat merupakan cernaan indah antara roh dan gerak jasad manusia. Unsur senaman terdapat dalam setiap gerak seni silat. Buku bergambar ini bermula dengan senaman Nafas 5 Asangin Hawa, Gerak 3 Kiangin Salbalqis dan Seni 3 Randai Piring Istiadat yang berperanan sebagai pemanas badan. Urat saraf, sendi dan otot dirangsang dengan gerakan yang agak ringan agar mampu menampung gerakan yang lebih mencabar kemudiannya. Jurus utama Senaman Silat Wanita tertumpu pada senaman Serat Sendi Hawa. Terdapat 11 kumpulan senaman dalam jurus utama ini yang meliputi hampir keseluruhan sendi dan otot anggota badan. Senaman Akhir Intan Selilin menutup tirai - melalui 2 kumpulan senaman silat ini, rangsangan dan ketegangan yang terkumpul dikendurkan agar mencapai kerehatan fizikal yang sesuai. Lembaran sejarah telah melakarkan betapa kaum wanita begitu cergas sekali mempelajari seni silat Melayu.
| Parallel Title | |
|---|---|
| Author | MEGAT AINUDDIN MEGAT MOHD NORDIN |
| ISBN | 9789833991853 |
| ISSN | |
| Call Number | 613.7148 MEG 2009 |
| Publication | AL-AMEEN SERVE HOLDINGS |
| Publisher | SETAPAK, KUALA LUMPUR |
| Year | 2009 |
| Physical Description |
VII, 205 PAGES :ILLUSTRATIONS ; 26 CM
|
| Subject |
SILAT
MARTIAL ARTS --HEALTH ASPECTS PHYSICAL FITNESS FOR WOMEN |
| Related Names |
PROF. MADYA DR. NOR ANITA MEGAT MOHD NORDIN
|
| URL |

