PROJEK SERAM :RADIO


PROJEK SERAM :RADIO

RITUAL - Kereta yang dipandu Amar dan ditumpangi Noni kekasihnya, terbabas ke dalam gaung. Rakan sekonvoi, Budi, Zaid dan Razi turun ke gaung untuk memeriksa kereta itu dan mendapati Amar dan Noni tiada di dalam kereta yang remuk teruk itu. Sedang mereka mencari tubuh Amar dan Noni di kawasan sekitar, salah seorang daripada mereka ternampak kelibat seseorang memikul sesuatu. Mereka bertiga mengekori kelibat itu sehingga sampai di satu kawasan seperti sebuah kompleks bangunan lama. Siapa yang membawa mereka ke situ? Kenapa mereka dibawa ke situ? Apa cerita di sebalik kejadian itu? Siapa dalang di sebalik semua kejadian seram dan aneh itu?. BISING - Cadangan asal Nedim, Erina, Wong dan Shafiq sebenarnya ingin membuat Projek Sains. Namun tidak disangka, rancangan mereka itu melencong selepas Erina hilang disorok dimensi lain dan Nedim pula jadi tidak tentu arah tiba-tiba hampir merempuh sebuah rumah usang di Kampung Bayan. Dapatkah Erina diselamatkan? Apa pula misteri di sebalik walkman yang sering keluarkan bunyi pelik? Tak semua perkara yang dah selesai, benar-benar selesai. PENANGAN - Entah apa yang menariknya pada radio hitam milik arwah Nek Som itu sehinggakan Hamidah sanggup membawa radio tu balik ke Kuala Lumpur. Radio itulah yang menjadi peneman setiap kali dia mengulangkaji pelajaran. Semenjak itu sikap Hamidah berubah. Dia memerap sahaja dalam bilik dengan radio itu. Kejadian ganjil mula terjadi di dalam rumah itu. Lebih memburukkan keadaan, kemunculan kelibat wanita bermuka pucat berambut panjang dalam bilik Hamidah menambahkan lagi keanehan di dalam rumah. Apa rahsia yang tersimpan dalam radio hitam milik Nek Som sehinggakan Hamidah menjadi begitu rupa dan rumah disinggahi puaka?.


Parallel Title AKU WUJUD DALAM URAT DARAHMU, MERASUK DAN MENYESATKAN KAMU!
Author FITRI HUSSIN
ISBN 9789674464790
ISSN
Call Number F FIT 2018
Publication GRUP BUKU KARANGKRAF SDN. BHD.
Publisher SHAH ALAM, SELANGOR
Year 2018
Physical Description 339 PAGES ; 19 CM
Subject MALAYSIAN FICTION (MALAY)
MALAY FICTION
HORROR TALES
Related Names SYAIDA ILMUNA
JULIE JASMIN
URL
Availability:
The Lake Library Cafe MPSepang ( 1 Copy )

All Rights Reserved 2025

© ELIAS

Use Chrome or Firefox to experience the best display

Mobile display response to your device options

 

Version 5.4.1

Today: 1113 This Week: 1113 This Month: 67344 Total: 3295215