IMAM SYAFIE :PEJUANG KEBENARAN


IMAM SYAFIE :PEJUANG KEBENARAN

Nama sebenarnya ialah Muhamad bin Idris bin Abbas bin UIthman bin Shafie bin Saib bin Abdu Yazid bin Hasyim bin Abdul Mutalib bin Abdul Manaf. Ayahnya berasal dari keturunan Quraisy dari Bani Mutalib. Ayahnya telah meninggal dunia ketika Imam Syafie masih kanak-kanak. Beliau dilahirkan di kota Gaza Palestin pada bulan Rejab tahun 150 Hijrah. Ada yang mengatakan pada malam beliau dilahirkan Imam Abu Hanifah (Imam hanafi) meninggal dunia. Khalifah Islam pada masa itu ialah khalifah Abu Jaafar Al Mansur dari bani Abbasiyah. Imam Syafie dibesarkan dalam serba kekurangan. Sejak kecil lagi beliau sudah mempelajari al-Quran. Beliau menghafal al-Quran sejak berusia 9 tahun dan pada usia 10 tahun sudah menghafal dan memahami kitab al-muwattak yang ditulis Imam Malek. Beliau mempunyai suara merdu, boleh bersyair dan bersajak. Ketika berusia 15 tahun beliau sudah mengajar dan memberi fatwa kepada orang ramai di Masjid al-Haram, kerana kegigihan dan kecerdikan beliau yang luar biasa, beliau mendapat sanjungan masyarakat. Novel ini menceritakan dengan lebih lanjut berkenaan kisah hidup Imam Syafie. Suka duka dan pahit manis perjuangan dalam menegakkan kebenaran.


Parallel Title
Author ABDUL LATIP TALIB
ISBN 9786297573083
ISSN
Call Number 297.61 ABD 2023
Publication LATIP DAN KELUARGA ENTERPRISE
Publisher KUALA KLAWANG, NEGERI SEMBILAN
Year 2023
Physical Description XVIII, 269 PAGES :ILLUSTRATIONS ; 22 CM
Subject SHAFIITES --EARLY WORKS TO 1800
SCHOLARS, MUSLIM --BIOGRAPHY
Related Names
URL
Availability:
The Lake Library Cafe MPSepang ( 1 Copy )

All Rights Reserved 2026

© ELIAS

Use Chrome or Firefox to experience the best display

Mobile display response to your device options

 

Version 5.4.3

Today: 1232 This Week: 6140 This Month: 27780 Total: 4544088