WARISAN TELEPUK ALAM MELAYU


WARISAN TELEPUK ALAM MELAYU

Alam Melayu tidak pernah sunyi daripada aktiviti-aktiviti budaya. Tidak hanya tekstil yang dihasilkan, malah yang dihiasi dengan kilauan dan gemerlapan tekapan kepingan emas yang diperkenalkan. Tekstil ini dikenali dengan istilah kain teleouk di Semenanjung Malaysia dan di Kepulaian Riau Inodnesia dan kain prade di Bali. Di Palembang kain ini dikenali dengan istilah pradan, sementara di Pulau Jawa dikenali dengan kain panjang gading beremas dan juga dengan istilah prada. Keindahan kesenian warisan menelepuk pada lembaran kain kain dewangga di Selangor garapan Intan Salina Idrus terungkai indah di dalam buku Kesenian Telepuk Warisan Melayu Selangor. Beliau telah mengambil daya usaha untuk membongkar ilham dan daya kreativiti masyarakat lampau tidak hanya menghasilkan kain-kain dewangga malah mempunyai kreativiti tersendiri dalam menghias kain terutama pada lembaran kain-kain Bugis yang ditenun halus, padat serta digerus. Penulis menelusuri, melakar, mencatat dan mengutip apa-apa sahaja berhubung dengan kesenian telepuk dari satu kepulauan ke satu kepulauan di Alam Melayu. Buku ini memancarkan pengalaman beliau dalam mengembalikan semula gemerlapan kilauan dan kegemilangan pemakaian telepuk yang pernah wujud di wilayah Alam Melayu. Penemuan kain-kain telepuk di wilayah Alam Melayu dan pelbagai cop yang diukir halus telah memberikan semangat kepada penulis untuk meneruskan pembuktian kesenian dan pemakaian kain telepuk yang telah wujud di alam Melayu. Beliau mengumpulkan pemakaian telepuk melalui teks-teks Melayu lama dan pelbagai bahan bacaan. Buku ini juga memancarkan kilauan gemerlapan akan keindahan kain dewangga bertelepuk dan juga kehalusan serta keindahan ukiran cop telepuk yang halus diukir dan ditekap pada lembaran kain tradisi yang telah digerus di Alam Melayu.

Parallel Title
Author INTAN SALINA IDRUS
ISBN 9789832563129
ISSN
Call Number KS 746.1 : INT 2018
Publication PERBADANAN ADAT MELAYU DAN WARISAN NEGERI SELANGOR (PADAT)
Year 2018
Physical Desciption 134 PAGES : COLOUR PHOTOGRAPHS ; 26 CM
Subject TEXTILE FABRICS, ANCIENT
TEXTILE FABRICS -- THEMES, MOTIVES
TEXTILE DESIGN
GOVERNMENT PUBLICATIONS -- MALAYSIA
Related Name
URL
Availability:
The Lake Library Cafe MPSepang ( 1 Copy )