KESENIAN TELEPUK WARISAN MELAYU SELANGOR
Keindahan kesenian warisan menelepuk pada lembaran kain kain dewangga di Selangor garapan Intan Salina Idrus terungkai indah di dalam buku Kesenian Telepuk Warisan Melayu Selangor. Beliau telah mengambil daya usaha untuk membongkar ilham dan daya kreativiti masyarakat lampau tidak hanya menghasilkan kain-kain dewangga malah mempunyai kreativiti tersendiri dalam menghias kain terutama pada lembaran kain-kain Bugis yang ditenun halus, padat serta digerus. Minatnya untuk menelusuri kesenian telepuk di Selangor ini bagai lautan tidak bertepi. Buku ini telah memacarkan pengalaman beliau dalam membuktikan pemakaian tekstil telepuk di Selangor dengan dimulai dengan pemakaian telepuk sejak zaman sultan Salehuddin sultan Selangor pertama. Penemuannya di Daik Lingga Riau dari liuk-lintuk ukiran nama Raja Penuh iaitu anakanda kepada Sultan Salehuddin di sarang atau cop telepuk telah memberinya nafas untuk meneruskan pembuktian kesenian dan pemakaian telepuk pada kesultanan Selangor adalah bersinambungan. Lalu beliau mengambil daya usaha menghimpun dan mengumpulkan maklumat mengenai telepuk di Selangor melalui teks-teks Melayu lama dan pelbagai bahan bacaan. Buku ini juga telah memancarkan keindahan kain dewangga bertelepuk dan juga kehalusan dan keindahan ukiran cop telepuk yang halus di ukir dan di tekapkan pada lembaran-lembaran kain tradisi yang telah di gerus. Harapan pengarang adalah semoga himpunan tekstil telepuk yang tidak ternilai ini dapat terus dipelihara dan dijadikan sebagai satu identiti tekstil negeri Selangor.
| Parallel Title | |
|---|---|
| Author | INTAN SALINA IDRUS |
| ISBN | 9789832563068 |
| ISSN | |
| Call Number | KS 746.109595 INT 2015 |
| Publication | PERBADANAN ADAT MELAYU DAN WARISAN NEGERI SELANGOR (PADAT) |
| Publisher | SHAH ALAM, SELANGOR |
| Year | 2015 |
| Physical Description |
143 PAGES :COLOUR PHOTOGRAPHS ; 26 CM
|
| Subject |
TEXTILE FABRICS, ANCIENT --SELANGOR
TEXTILE DESIGN --SELANGOR TEXTILE FABRICS --THEMES, MOTIVES --SELANGOR |
| Related Names | |
| URL |
| The Lake Library Cafe MPSepang | ( 1 Copy ) |

