TARIAN PIRING SELANGOR


TARIAN PIRING SELANGOR

Tarian Piring Selangor merupakan suatu bentuk kesenian tradisional yang telah disesuaikan mengikut corak kehidupan masyarakat setempat dan diterima sebagai warisan rakyat Selangor. Kandungan buku ini disusun dan diperkemaskan secara analisa perbandingan dengan lain-lain tarian yang mempunyai persamaan dengan tarian piring yang diamalkan di negeri-negeri lain seperti Negeri Sembilan, Terangganu, Pahang, Perak serta di daerah Sumatera Barat, Indonesia. Aspek penulisan yang dimasukkan adalah berkaitan gerak tarian, sebutan pergerakan tarian, pakaian, peralatan muzik penggunaan pantun, jenis dan jumlah lagu tradisi yang dipersembahkan. Penulis juga banyak menyentuh aspek tamadun Melayu, sejarah, perkembangan dan persembahan tarian piring di Alam Melayu, pergerakan asas dalam tarian, unsur-unsur spiritual yang berkisar dengan tarian selain urutan peristiwa berkaitan adat merantau dan meneroka serta hubungan antara Selangor dan Sumatera (Minangkabau). Beberapa persoalan dan huraian yang menarik perhatian penulis ketika melengkapkan penulisan ini adalah kerana sehinga kini masih belum dapat dibuktikan lagi asal usul sebenar dari mana tarian ini bermula serta penggunaan peralatan cincin dan piring serta alat muzik, gerak tari, pantun dan juga asas pergerakan yang ditarikan dalam tarian piring perlu dibahas dan dikupas selanjutnya. Adalah besar harapan penulis agar buku ini menjadi panduan dan rujukan di kalangan para pengkaji dan budayawan seterusnya sebagai pembuka jalan untuk penelitian seterusnya sehingga Tarian Piring Selangor dapat dimartabatkan sebagai identiti ataupun ikon negeri Selangor.

Parallel Title
Author MOHD LOTFI NAZAR
ISBN 9789832563112
ISSN
Call Number KS 793.319595 : MOH 2018
Publication PERBADANAN ADAT MELAYU DAN WARISAN NEGERI SELANGOR (PADAT)
Year 2018
Physical Desciption XXIII, 288 PAGES : COLOUR PHOTOGRAPHS, ILLUSTRATIONS ; 27 CM
Subject FOLK DANCING /ZMALAYSIA -- SELANGOR
TARIAN PIRING
GOVERNMENT PUBLICATIONS -- MALAYSIA
Related Name
URL
Availability:
The Lake Library Cafe MPSepang ( 1 Copy )