TUMBUHAN BERKHASIAT UBATAN :PENANAMAN DAN PEMPROSESAN PRODUK
Dunia makanan dan kesannya terhadap kesihatan telah mendesak manusia untuk mengeksploitasi sumber semula jadi bagi menghasilkan pelbagai produk kesihatan dan makanan berkhasiat untuk memperoleh kesihatan yang baik. Krisis kesihatan global telah mendorong masyarat yang bertindak sebagai pengeluar sama ada dalam bidang pertanian mahu pun industri pengeluar produk untuk turut sama terlibat pada pelbagai peringakat dalam usaha memajukan industri penanaman tumbuhan ubatan dan tumbuhan berkhasiat sehinggalah memasuki industri pemprosesan produk kesihatan berasaskan sumber semula jadi. Popularnya sesuatu spesies tumbuhan ubatan dan tumbuhan berkhasiat amat bergantung kepada permintaan pengguna untuk berbagai-bagai kegunaan sama ada sebagai rawatan kesihatan, pemakanan atau rawatan kecantikan, contohnya kosmetik. Pemilihan spesies tanaman yang tepat sama ada untuk ditanam atau diproses amat penting bagi menentukan sumber dan produk yang dihasilkan agar selaras dan berdaya maju dengan permintaan di pasaran tempatan, seterusnya menjangkau ke peringkat antarabangsa. Buku ini memberikan pengetahuan tentang spesies yang populuar untuk ditanam, kaedah penanaman dan pemprosesan produk tumbuhan berkhasiat ubatan.
| Parallel Title | |
|---|---|
| Author | KHAIRUDDIN KAMARUDDIN |
| ISBN | 9789834617011 |
| ISSN | |
| Call Number | 615.321 KHA 2015 |
| Publication | DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA |
| Publisher | KUALA LUMPUR |
| Year | 2015 |
| Physical Description |
XII, 260 PAGES ; 22 CM
|
| Subject |
HERBS --THERAPEUTIC USE
MEDICINAL PLANTS |
| Related Names | |
| URL |

