UNDANG-UNDANG KESULTANAN MELAYU DALAM PERBANDINGAN


UNDANG-UNDANG KESULTANAN MELAYU DALAM PERBANDINGAN

Undang-undang adat kesultanan Melayu telah menjadi amalan sejak ratusan tahun dahulu, mengalami perubahan demi perubahan selaras dengan perkembangan masyarakat, sehingga kemunculan dan pengenalan undang-undang dari Barat sekitar awal abad ke-19. Pengarang naskhah undang-undang bukan sahaja seorang ahli perundangan adat, tetapi juga seorang pembesar, sejarawan dan pemikir masyarakat zamannya. Ilmu pengetahuan dan pengalaman masyarakat tersebut dikupas dan diwacanakan semula kepada masyarakat di dalam buku ini sebagal mengesani sejarah kewujudan dan perkembangan tamadun Melayu pada masa silam. Hasrat ini dilaksanakan melalui suatu kajian perbandingan manuskrip undang-undang adat yang terdapat di Malaysia dan Indonesia secara menyeluruh, termasuk koleksi manuskrip yang tersimpan di London dan Leiden. Di samping manuskrip undang-undang, rujukan silang naskhah juga dilakukan terhadap beberapa sumber penulisan undang-undang yang lain seperti sejarah, hikayat, surat dan sebagainya. Melalul kajian sumber naskhah dan interpretasi yang saling kait-mengait ini, suatu rumusan tentang asal usul, pengaruh, peranan dan prinsip keadilan undang-ungang adat kesultanan Melayu dibentangkan secara konsisten dengan mengambil kira konteks masyarakat dan zaman undang-undang tersebut dilahirkan.


Parallel Title
Author JELANI HARUN
ISBN 9789838613415
ISSN
Call Number 340.52595 JEL 2008
Publication UNIVERSITI SAINS MALAYSIA PULAU PINANG
Publisher PULAU PINANG
Year 2008
Physical Description XXII, 454 PAGES ; 24 CM
Subject ADAT LAW --MALAYSIA --HISTORY AND CRITICISM
Related Names
URL

All Rights Reserved 2026

© ELIAS

Use Chrome or Firefox to experience the best display

Mobile display response to your device options

 

Version 5.4.3

Today: 16014 This Week: 20922 This Month: 42562 Total: 4558870