MUDAHNYA UNTUK BERJAYA
Buku Siri Personaliti Terbilang: Mudahnya Untuk Berjaya merupakan Modul Amalan Kemahiran Belajar yang diamalkan oleh pelajar SBP dan diolah semula menjadi sebuah buku oleh panel penulis SBP dan UPSI. Pelbagai aspek digariskan sebagai panduan pelajar untuk diamalkan dalam kehidupan seharian. Antara aspek yang disentuh ialah pengurusan diri, masa dan stres. Pelajar juga diperkenalkan dengan karakter diri yang berbeza dan cara belajar yang sesuai mengikut karakter diri masing-masing. Seterusnya pelajar juga diajar bagaimana untuk berkomunikasi sama ada secara formal atau pun tidak formal. Teknik belajar, mengambil nota dan mengingat juga diperincikan dalam buku ini. Akhir sekali, pelajar juga didedahkan dengan cara pembelajaran berkesan, yang dilengkapi dengan peta pemikiran i-think dan kemahiran berfikir aras tinggi seperti mana yang ditekankan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia.
| Parallel Title | |
|---|---|
| Author | |
| ISBN | 9789837045866 |
| ISSN | |
| Call Number | 371.30281 MUD 2014 |
| Publication | CERDIK PUBLICATIONS SDN BHD |
| Publisher | SHAH ALAM, SELANGOR |
| Year | 2014 |
| Physical Description |
144 PAGES :COLOUR ILLUSTRATIONS ; 22 CM
|
| Subject |
STUDY SKILLS
MOTIVATION IN EDUCATION STUDENT ETHICS TIME MANAGEMENT |
| Related Names |
PANEL PENULIS SBP & UPSI
|
| URL |

