PROJEK SERAM :OFIS


PROJEK SERAM :OFIS

ORKED - Arman mula bekerja dengan Syarikat Faz & Chong Development, sebuah syarikat pembinaan terunggul di Lembah Klang. Memandangkan baru bekerja di situ, Arman perlu bekerja lebih masa untuk menyiapkan kerja-kerja perakaunan yang tertangguh. Bermula dengan pengawal tua yang pelik dijumpainya semasa pulang ke rumah lewat malam. Pelbagai kejadian pelik berlaku. Perkenalan dengan Kemboja dan Orkid yang tinggal di tingkat paling atas menjadi misteri kepada Arman. Malah, di tingkat atas pejabat itu berlaku kejadian-kejadian di mana dua orang pengawal keselamatan hilang. Kejadian bunuh diri oleh rakan sekerja Arman, Sandy menyebabkan keadaan bertambah kecoh. Apa yang sedang berlaku?. USIK - Khalil dan Azim merupakan sahabat baik di sebuah pejabat. Suatu hari, Khalil dengan secara tak sengaja telah menceritakan kisah seram Manisa kepada Azim . Sejak itu, bermulalah kisah-kisah ganjil dan gangguan yang sering menghantui pekerja di bangunan ofis itu. Misteri kematian Manisa semakin tersingkap apabila Azim diganggu dalam lif dan jelmaan Manisa meminta Azim memulangkan barang miliknya. Apa yang berlaku seterusnya, dapatkah misteri kematian Manisa dirungkai?. LEMBAGA HITAM - Berkobar-kobar rasanya bila mendapat pekerjaan dengan gaji yang lumayan. Hal itulah yang dirasai oleh Salina saat berjaya mendapat pekerjaan di AHO Holding. Namun di hari pertama bekerja lagi, Salina sudah mengalami gangguan mistik. Alasan yang tidak mampu dijelas dengan akal waras. Majikannya, Tuan Azhar pada awalnya menganggap cerita jujurnya itu satu khayalan. Namun, gangguan itu bagaikan parasit merebak dengan cepat dan menghantui pekerja yang masuk campur. Ada rahsia menjadi dalang dan punca gangguan di pejabat itu. Rahsia yang mahu menjahanamkan keluarga Tuan Azhar, pejabat dan warga syarikatnya.


Parallel Title WALAU JASADKU HANCUR, PULANGKAN MILIKKU!
Author NAIM TAMDJIS
ISBN 9789674464493
ISSN
Call Number F NAI 2018
Publication GRUP BUKU KARANGKRAF SDN. BHD.
Publisher SHAH ALAM, SELANGOR
Year 2018
Physical Description 380 PAGES ; 19 CM
Subject MALAYSIAN FICTION (MALAY)
MALAY FICTION
GHOST STORIES, MALAY
Related Names JULIE JASMIN
NOORFADZILLAH
URL

All Rights Reserved 2026

© ELIAS

Use Chrome or Firefox to experience the best display

Mobile display response to your device options

 

Version 5.4.3

Today: 7107 This Week: 0 This Month: 38551 Total: 4759884