ANA MUSLIM (154) :HOREY! MASA UNTUK KE SEKOLAH!
Majalah Ana Muslim dengan tagline Membentuk Peribadi Mulia, menghimpunkan pelbagai kisah menarik yang sesuai dengan pengalaman dan memenuhi tuntuan psikologi kanak-kanak yang bakal memasuki alam awal remaja! Sarat dengan kepelbagaian kisah yang menyentuh topik persahabatan, sukan, dan isu-isu semasa, ia juga turut diselitkan dengan unsur-unsur humor dan fiksyen. Tidak ketinggalan, penekanan aspek keagamaan serta nilai murni yang menjadi soroton utama pembinaan karakter dan penceritaan telah mengangkat ia sebagai majalah Islami terbaik buat pembacaan kanak-kanak Malaysia! Bahkan, setiap pemilihan dan kupasan topik yang diutarakan mampu menjadi panduan dan penanda aras bagi kanak-kanak dalam mengasah kemahiran berfikir dan membuat pertimbangan serta membantu mereka menavigasi kehidupan selari dengan ajaran Islam. Ia diseimbangkan lagi dengan kolum-kolum yang bersifat akademik dan kreatif bagi membantu guru-guru dalam menyediakan bahan bacaan yang lengkap ketika di sekolah. Dengan setiap helaian muka surat yang berwarna, majalah ini sangat sesuai untuk anak-anak yang berusia 10 – 14 tahun!
| Parallel Title | |
|---|---|
| Author | |
| ISBN | 9771823845000 |
| ISSN | 18238459 |
| Call Number | MAJ 741.59595 ANA 2013 |
| Publication | ANA MUSLIM SDN. BHD |
| Publisher | KUALA LUMPUR |
| Year | 2013 |
| Physical Description |
80 PAGES :COLOUR ILLUSTRATIONS ; 23 CM
|
| Subject |
ISLAM --PERIODICALS
|
| Related Names | |
| URL |

