7 KEAJAIBAN DIET RASULULLAH
Hari ke-entah-berapa PKP, apa khabar senaman dan penjagaan kesihatan kita? Walaupun tahun 2020 dan 2021 ini amat mencabar, seboleh-bolehnya kita tidak menjadikannya sebagai alasan untuk tidak melakukan apa-apa di rumah. Mulakan untuk memikirkan langkah untuk “jaga diri” secara fizikal dan mental. Pada zaman Rasulullah SAW dahulu, Rasulullah SAW sangat mementingkan sudut pandang kesihatan diri. Tugas baginda bukan hanya sekadar membawa risalah agama Islam, namun baginda juga turut memikul tanggungjawabnya sebagai manusia dan melakukan apa-apa aktiviti yang normal manusia lakukan. Antara sunnah Baginda dalam menjaga diri, adalah dengan tidur pada awal waktu selepas Isyak. Sunnah ini sering dilupakan kerana tidak ramai yang gemar tidur pada awal waktu. Tahukah anda, apabila kita tidur awal waktu, badan akan mendapat rehat yang cukup dan ini akan membantu kita menjadi lebih cergas pada keesokan hari. Apabila di rumah, kita boleh melakukan aktiviti-aktiviti senaman yang ringkas. Jadikanlah tabiat tidur awal waktu sebagai permulaan hari pada tahun 2021. Metode tidur Rasulullah ini hanyalah salah satu daripada 7 keajaiban diet Rasulullah yang terkandung dalam buku ini. Jika anda ingin tahu lebih lanjut tentang cara penjagaan diri yang berkesan, jangan lupa dapatkan buku 7 Keajaiban Diet Rasulullah.
Parallel Title | |
---|---|
Author | HAMID ADDIN |
ISBN | 9789674814144 |
ISSN | |
Call Number | 613.2088297 HAM 2020 |
Publication | PTS PUBLISHING HOUSE SDN BHD |
Publisher | BATU CAVES, SELANGOR |
Year | 2020 |
Physical Description |
446 PAGES :ILLUSTRATIONS ; 21 CM
|
Subject |
MUSLIMS --DIETARY LAWS
NUTRITION --RELIGIOUS ASPECTS --ISLAM HEALTH --RELIGIOUS ASPECTS --ISLAM |
Related Names | |
URL |