THE SULTANATE : LORD EMPERO


THE SULTANATE : LORD EMPERO

Empero. Sebuah empayar yang gah di mana bandar utamanya terletak di Roman Hispania. Mereka yang beragama hidup dalam ketakutan dan golongan pagan mula menguasai kemanusiaan dengan konsep Homo Deus. Dan di sini, lahirnya seorang puteri yang tidak bermahkota dan tidak bertakhta. Sultanah Lilith Alai’syah. Itu gelaran yang sepatutnya disandang. Dia hidup tanpa beristana dan tanpa emas permata menyaluti tubuhnya. Sehingga suatu hari, dia bertemu dengan maharaja yang angkuh bagaikan Firaun. Bagi mereka yang tidak tahu ‘siapa’ dia, Lilith Alai’syah hanyalah seorang gadis kampung. Lord Emuel Hayden. Seorang maharaja angkuh daripada keturunan keluarga Morgan. Antara keluarga terkaya di antara lima keluarga yang terikat dengan ‘The One Eye’. Dia seorang maharaja yang gila dan angkuh. Bertemu dengan seorang gadis kampung yang tidak tunduk padanya, membuatkan dia murka dan egonya runtuh.

Parallel Title
Author ELVROSETH
ISBN 9789672300397
ISSN
Call Number F : ELV 2021
Publication SUARA HATI PUBLICATION
Year 2021
Physical Desciption III, 882 PAGES ; 19 CM
Subject MALAYSIAN FICTION (MALAY)
MALAY FICTION
Related Name
URL