TIGA SEKAWAN
Dua ekor anak anjing yang kecil berasa bosan tinggal di rumah di sebuah ladang. Anjing-anjing yang besar berada di hutan sedang cuba menangkap musang yang cuba masuk ke dalam reban ayam. "Tak adil!" jerit Little Golden. "Kita tak pernah dapat buat apa-apa yang menyeronokkan." "Memang menyedihkan! Apabila kamu seekor anak anjing, kamu sentiasa perlu tinggal di rumah dan berasa bosan," rengek Hopping. Walaupun telah dilarang, anak-anak anjing itu tetap pergi ke hutan tersebut secara sendirian. Hutan adalah jauh berbeza daripada ladang. Hidung anak-anak anjing itu dipenuhi dengan bau-bau yang baharu: daun pain yang hangat, lumut dan haiwan yang aneh. Bunyinya juga berbeza. Tiba-tiba anak-anak anjing itu terdengar bunyi salakan, rengekan dari jauh. Anak-anak anjing itu menegakkan telinganya dan mendengar dengan teliti. Apakah itu? Mungkin ada sesuatu yang baharu yang boleh mereka main bersama-sama!
| Parallel Title | |
|---|---|
| Author | ULF STARK |
| ISBN | 50392307221759 |
| ISSN | |
| Call Number | JF STA 2017 |
| Publication | SKOGSLIV |
| Publisher | IKEA OF SWEDEN AB, ITALY |
| Year | 2017 |
| Physical Description |
31 PAGES :COL. ILL ; 32 CM
|
| Subject |
FRIENDSHIP --JUVANILE FICTION
CHILDREN'S STORIES, MALAY FRIENDSHIP |
| Related Names |
ANN-CATHRINE
SIGRID STAHLBERG |
| URL |

