10 LAGENDA PUTERI NUSANTARA
10 Lagenda Puteri Nusantara ini menghidangkan 10 buah cerita puteri alam melayu paling terkenal yang digubah khusus untuk santapan kanak-kanak. Sebagai daya penariknya, kisah dan hikayat puteri-puteri ini dihiasi dengan ilustrasi-ilustrasi berwarna-warni yang cantik untuk menarik minat pembaca cilik. Uniknya, ia juga digarap dengan sedikit perkataan klasik agar kanak-kanak dapat menambahkan lagi kosa kata mereka. Tujuan utama penerbitan buku ini adalah untuk memperkenalkan, sekali gus menonjolkan semula keasyikan lagenda puteri melayu yang semakin tenggelam dan luput dek zaman. Penerbit berharap inisiatif murni ini dapat menyumbang kepada pengkayaan bahan bacaan dan terus mengekalkan kekayaan warisan budaya kita dalam diri anak-anak. Semoga terhibur membacanya!
| Parallel Title | |
|---|---|
| Author | FIRAS IDLAN |
| ISBN | 9789673641574 |
| ISSN | |
| Call Number | J 398.2 FIR 2014 |
| Publication | EDUKID PUBLICATION SDN BHD |
| Publisher | BATU CAVES, SELANGOR |
| Year | 2014 |
| Physical Description |
163 PAGES :COLOUR ILLUSTRATIONS ; 30 CM
|
| Subject |
MALAY LANGUAGE --READERS --FOLKLORE
FOLK LITERATURE, MALAY |
| Related Names | |
| URL |

