BINTANG HATI SAYA


BINTANG HATI SAYA

Hakimi Adam Song, pelajar kolej yang hobinya mencerap langit. Nampak tenang, suka tersenyum, bijak. Adriyana, pelajar kolej yang easy-going dan selalu blur. Mendapat keputusan peperiksaan yang sangat teruk. Pensyarah sudah mengamuk. Untuk menamatkan pengajian, Adriyana perlu belajar di bawah seorang tutor, Hakimi. Pesan BFF-nya, Rita Rudani dan Rafiq, jangan dekati lelaki itu. Hakimi adalah raksasa! Perlahan-lahan Adriyana berubah. Dia dipaksa menyertai Kelab Pemerhati Bintang Amatur yang presidennya adalah Hakimi. Pelajarannya juga semakin baik. Adriyana tidak nampak di mana ‘raksasa’nya Hakimi itu. Sehinggalah kemunculan Teelofa. Pada suatu hari, segala-galanya berubah. Hamiki Adam Song tiba-tiba hilang. Enam tahun kemudian, Adriyana menerima poskad mister. Sepertinya Hakimi muncul kembali. Dan bersama-sama harapan untuk menemui Hakimi semula, nyawa Adriyana pula terancam. Ada orang mahu membunuhnya. Misteri zaman kolej mula terungkap. Siapa sebenarnya Hakimi, dan ke mana dia menghilang selama ini? “Polaris tetap berada di langit utara. Kalau tiba-tiba saja ia hilang, pasti ada hijab yang menghalang kita daripada melihatnya di langit.”


Parallel Title
Author RILEY FIZAN
ISBN 9789670185651
ISSN
Call Number YF RIL 2014
Publication GEDEBOOK SDN BHD
Publisher BATU CAVES, SELANGOR
Year 2014
Physical Description 370 PAGES ; 19 CM
Subject MALAYSIAN FICTION (MALAY)
MALAY FICTION
YOUNG ADULT FICTION, MALAY
Related Names
URL

All Rights Reserved 2026

© ELIAS

Use Chrome or Firefox to experience the best display

Mobile display response to your device options

 

Version 5.4.3

Today: 2569 This Week: 0 This Month: 34013 Total: 4755346