MAT SALLEH (1) :KEBANGKITAN ANAK BORNEO


MAT SALLEH (1) :KEBANGKITAN ANAK BORNEO

Kerajaan British mengiktiraf negeri Sabah sebagai sebuah negeri yang mendapat perlindungan daripada kerajaan British. Mereka memberi surat piagam kepada Syarikat Borneo Utara British (SBUB) untuk mentadbir negeri Sabah. Hal ini menyebabkan penduduk tempatan tidak berpuas hati. Dahulu, mereka berada di bawah pemerintahan Sultan Brunei atau Sultan Sulu, bukannya di bawah kerajaan British. Jadi, mengapa sekarang mereka perlu berada di bawah pemerintahan syarikat negara asing? Disebabkan SBUB akan membina rel kereta api dan wayar telegraf merentasi seluruh negeri Sabah, mereka mengenakan cukai yang tinggi kepada penduduk negeri Sabah. Perahu yang menjadi pengangkutan penduduk dikenakan cukai serta beras yang menjadi makanan asasi penduduk turut dikenakan cukai. Malah, ramai penduduk tempatan dipaksa bekerja sebagai buruh, namun tidak dibayar gaji. Bukan sahaja pengenalan cukai yang membebankan, malah para pemimpin tempatan tidak lagi diiktiraf oleh SBUB dan seluruh pemimpin komuniti hilang kuasa dan kedudukan politik. Lantaran kezaliman ini, seorang pembesar besar berjuang melawan penjajah dan mempertahankan hak anak negeri! Beliau ialah Datu Paduka Mohammad Salleh atau lebih dikenali sebagai Mat Salleh. Komik Mat Salleh 1 memuatkan awal mula kisah perjuangan Mat Salleh dan para pengikutnya berjuang melawan British di negeri Sabah.


Parallel Title
Author SYED AZHARUL ASRIQ
ISBN 9789670078526
ISSN
Call Number J 741.59595 SYE 2025
Publication MUST READ SDN. BHD
Publisher BATU CAVES, SELANGOR
Year 2025
Physical Description 98 PAGES :COLOUR ILLUSTRATIONS ; 21 CM
Subject GRAPHIC NOVELS --MALAYSIA
NATIONALIST --MALAYSIA --PERAK --COMIC BOOKS, STRIPS, ETC
HEROES --MALAYSIA --COMIC BOOKS, STRIPS, ETC
Related Names
URL
Availability:
The Lake Library Cafe MPSepang ( 1 Copy )

All Rights Reserved 2026

© ELIAS

Use Chrome or Firefox to experience the best display

Mobile display response to your device options

 

Version 5.4.3

Today: 3854 This Week: 9704 This Month: 195042 Total: 5981880