PARAMESWARA (3) :PENGEMBARAAN BERSAMA LAKSAMANA CHENG HO


PARAMESWARA (3) :PENGEMBARAAN BERSAMA LAKSAMANA CHENG HO

Pada tahun 1405, Laksamana Cheng Ho telah melawat kerajaan Melaka dalam misi kembara mengelilingi dunia. Dalam pertemuan ini, Laksamana Cheng Ho menyampaikan titah Maharaja China, iaitu Maharaja Yongle yang mengiktiraf Melaka sebagai kerajaan yang sah. Dengan lawatan itu juga, hubungan antara Melaka dengan Empayar China semakin erat dan menyebabkan Siam tidak lagi mengancam kerajaan Melaka. Semasa lawatan kali ketiga Laksamana Cheng Ho ke Melaka, beliau telah mengajak Parameswara mengunjungi Nanjing. Rombongan diraja Melaka menghadap Maharaja China di Nanjing pada bulan Ogos 1411. Dalam pertemuan itu, Maharaja Yongle telah mengiktiraf Parameswara sebagai pemerintah Melaka yang sah. Hari demi hari, kerajaan Melaka semakin makmur atas kebijaksanaan Parameswara mentadbir negeri dan menjalin hubungan dengan negara lain. Setelah sekian lama mentadbir Melaka, Parameswara meninggal dunia pada tahun 1414. Tampuk pentadbiran Melaka diambil alih oleh anak baginda, iaitu Megat Iskandar Syah. Komik Parameswara 3 memuatkan kisah keagungan dan kegemilangan kerajaan Melaka. Kejayaan ini menjadi tonggak penting dalam memastikan kestabilan serta kesinambungan pemerintahan Melaka walaupun selepas pemergian Parameswara.


Parallel Title
Author SYED AZHARUL ASRIQ
ISBN 9789670078571
ISSN
Call Number J 741.59595 SYE 2025
Publication MUST READ SDN. BHD
Publisher BATU CAVES, SELANGOR
Year 2025
Physical Description 102 PAGES :COLOUR ILLUSTRATIONS ; 21 CM
Subject GRAPHIC NOVELS --MALAYSIA
Related Names IZNI YUSUF (EDITOR)
NORALIZA ROSLI (ILLUSTRATOR)
URL
Availability:
The Lake Library Cafe MPSepang ( 1 Copy )

All Rights Reserved 2026

© ELIAS

Use Chrome or Firefox to experience the best display

Mobile display response to your device options

 

Version 5.4.3

Today: 3852 This Week: 9702 This Month: 195040 Total: 5981878