JALAN KE MEKAH


JALAN KE MEKAH

Buku ini meliputi kisah pada dua puluh tiga tahun pertama kehidupannya yang luar biasa, di mana ia menjelaskan bagaimana beliau memeluk Islam semasa berusia 26 tahun, dan memerincikan pengembaraan luasnya merantau ke tanah Arab, Palestin, Syria, Iraq, Iran, Afghanistan, Mesir, dan Libya. Beliau menulis buku ini pada tahun 1954, tidak lama selepas beliau meletakkan jawatan sebagai duta Pakistan di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), demi menceritakan kepada dunia apa yang telah membawanya kepada Islam. Buku ini adalah sebuah buku mengenai pengembaraan dan penjelajahan seorang manusia melalui jalan-jalan geografikal di dataran bumi, dan penerokaan intelektual dan spiritual yang telah dilakukannya melalui denai dan ranjau dalam jiwanya sendiri. Kedua-dua pengembaraannya itu memuncak pada satu tempat, iaitu Mekah, di mana beliau menetap di sana untuk beberapa tahun dan menemui kepuasan spiritual dan intelektual di sana yang tidak beliau kecapi semasa di Eropah. Lantaran buku ini ialah sebuah alternatif kepada kebiasaan teks-teks pengenalan mengenai Islam, yang mana buku ini merupakan sebuah cara yang menarik dan menginspirasikan untuk mempelajari dengan lebih mendalam mengenai Islam di mana ajaran-ajaran asas bagi keimanan itu telah dibaluti dengan wacana naratif daripada kehidupan pengarang itu sendiri. Muhammad Asad, dilahirkan dengan nama Leopold Weiss pada 2 Julai 1900 dalam sebuah keluarga Yahudi di Lviy, yang kini dalam negara Ukraine. Beliau ialah seorang kelahiran Yahudi Austro-Hungarian yang merupakan seorang wartawan, pengembara, penulis, ahli bahasa, pemikir, ahli teori politik, diplomat, dan sarjana Islam. Asad merupakan salah seorang tokoh Muslim Eropah yang berpengaruh pada kurun ke-20 dan digambarkan sebagai anugerah Eropah kepada Islam oleh para penulis biografinya.


Parallel Title
Author MUHAMMAD ASAD
ISBN 9789671520192
ISSN
Call Number 910.4 MUH 2019
Publication ISLAMIC RENAISSANCE FRONT
Publisher KUALA LUMPUR
Year 2019
Physical Description XXVII, 417 PAGES ; 23 CM
Subject TRAVELERS' WRITINGS
MUSLIM PILGRIMS AND PILGRIMAGES --SAUDI ARABIA --MECCA --ANECDOTES
TRAVEL --ANECDOTES
MUSLIM CONVERTS --BIOGRAPHY
Related Names SHUHAIB AR RUMY ISMAIL (EDITOR)
DATO' DR. AHMAD FAROUK MUSA (EDITOR)
MUKHRIZ MAT RUS (TRANSLATOR)
AHMAD NABIL AMIR (TRANSLATOR)
URL
Availability:
The Lake Library Cafe MPSepang ( 1 Copy )

All Rights Reserved 2026

© ELIAS

Use Chrome or Firefox to experience the best display

Mobile display response to your device options

 

Version 5.4.3

Today: 3525 This Week: 9469 This Month: 31109 Total: 4547417