KEMPEN JOM BACA 10 MINIT SEMPENA KARNIVAL BACA PERDANA 2025 PERINGKAT MAJLIS PERBANDARAN SEPANG

Warga kerja Majlis Perbandaran Sepang turut menyahut Kempen Jom Baca 10 Minit anjuran Kementerian Perpaduan Negara melalui Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) sempena Karnival Baca Perdana 2025 yang berlangsung sepanjang bulan Oktober ini. 

Dilaksanakan pada setiap hari Selasa dari jam 12.00 tengah hari hingga 12.10 tengah hari, kempen ini bertujuan untuk menggalakkan dan menyemarakkan budaya membaca dalam kalangan rakyat Malaysia, memperkukuh amalan membaca secara inklusif serta memartabatkan pembacaan sebagai asas pembinaan negara bangsa selaras dengan aspirasi Malaysia Madani.

Bersama kita jadikan membaca sebagai amalan harian kerana melalui pembacaanlah kita dapat mengembangkan potensi diri, menjadi individu yang lebih berpengetahuan dan berusaha untuk membuka minda serta sentiasa fikiran positif demi mencapai kemajuan diri, keluarga dan negara.

All Rights Reserved 2025

© ELIAS

Use Chrome or Firefox to experience the best display

Mobile display response to your device options

 

Version 5.4.2

Contact Us

Persiaran Semarak Api,

Taman Tasik Cyberjaya

63000 Cyberjaya, Selangor Darul Ehsan

 

Tel: 03-8319 0200 / 300

Fax: 03-8319 0220

Email: aduan@mpsepang.gov.my

(Maklumbalas Awam)

Email: webmaster@mpsepang.gov.my

(Maklumbalas Portal)

Today: 366 This Week: 0 This Month: 2769 Total: 3745453