LAWATAN SAMBIL BELAJAR DARI SEKOLAH KEBANGSAAN PULAU MERANTI

Pada 12 Julai 2025 (Sabtu) yang lalu, The Lake Library Cafe MP Sepang telah menerima kunjungan seramai 32 orang murid bersama 13 orang guru pengiring, termasuk Guru Besar dan pihak Pentadbir dari Sekolah Kebangsaan Pulau Meranti bagi sesi lawatan sambil belajar.
Lawatan ini bertujuan bagi memberi pendedahan kepada pengawas pusat sumber sekolah mengenai proses pengurusan dan pemprosesan buku di perpustakaan. Satu sesi taklimat telah diadakan bertempat di Auditorium dan seterusnya rombongan dibawa untuk sesi lawatan dan latihan praktikal di perpustakaan.
Pihak The Lake Library Cafe MPSepang merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak sekolah atas kesudian menjadikan perpustakaan ini sebagai destinasi lawatan. Semoga segala pengalaman yang diperoleh dapat memberi manfaat dan mencetuskan semangat cintakan ilmu.

All Rights Reserved 2025

© ELIAS

Use Chrome or Firefox to experience the best display

Mobile display response to your device options

 

Version 5.4.2

Contact Us

Persiaran Semarak Api,

Taman Tasik Cyberjaya

63000 Cyberjaya, Selangor Darul Ehsan

 

Tel: 03-8319 0200 / 300

Fax: 03-8319 0220

Email: aduan@mpsepang.gov.my

(Maklumbalas Awam)

Email: webmaster@mpsepang.gov.my

(Maklumbalas Portal)

Today: 1408 This Week: 0 This Month: 24685 Total: 3706719