PELIHARALAH MATAMU :KE ARAH MATA YANG SIHAT


PELIHARALAH MATAMU :KE ARAH MATA YANG SIHAT

Mata adalah salah satu anugerah daripada Allah SWT. Nikmat sepasang mata berupa penglihatan, adalah sesuatu yang tidak dapat diukur nilai dengan harta dan wang. Mari kita renungkan sejenak, kita tentunya tidak mampu untuk mencipta walau sehelai bulu mata, apa lagi sebiji bola mata yang pelbagai fungsi, dilengkapi dengan jutaan sel yang bukan sahaja membantu segala urusan kehidupan kita, malah membolehkan kita melihat dunia yang besar dan luas ini hanya melalui sebiji bola mata yang lebih kecil daripada bola tenis. Subhanallah! Hebarkan? Seharusnya kita sebagai manusia, mensyukuri dan berasa sangat bertuah kerana memiliki kehebatan sebuah penglihatan namun, mungkin kerana kelalaian atau kecuaian sendiri menyebabkan kita kehilangan anugerah yang berharga ini. Tidak dinafikan, kadangkala kita diuji oleh Allah dengan masalah kesihatan namun, dewasa ini, pelbagai penyakit timbul yang akhirnya menjejaskan kesihatan mata terutamanya diabetes dan kanser dan ada juga akibat kecuaian penggunaan alatan dan ubat-ubatan yang tidak sesuai, mengabaikan nasihat doktor dan bermacam-macam lagi. Melihat kepada situasi ini, saya terpanggil untuk menerbitkan buku ini buat panduan berupa secebis pengetahuan mengenai kesihatan mata anda berdasarkan pengalaman yang saya lalui sebagai seorang doktor mata. Marilah sama-sama berdoa semoga Allah memberkati hasil usaha ini dan manfaatnya tersebar luas kepada di luar sana, insyaAllah.


Parallel Title
Author PROF DR. MUHAYA MOHAMAD
ISBN 9789671036587
ISSN
Call Number 617.7 MUH 2012
Publication ASSOHWAH ENTERPRISE
Publisher KAJANG, SELANGOR
Year 2012
Physical Description 105 PAGES :COLOUR ILLUSTRATIONS ; 21 CM
Subject EYE --CARE AND HYGIENE
OPHTHALMOLOGY
EYE --DISEASES
Related Names
URL
Availability:
The Lake Library Cafe MPSepang ( 1 Copy )

You may also like

All Rights Reserved 2026

© ELIAS

Use Chrome or Firefox to experience the best display

Mobile display response to your device options

 

Version 5.4.3

Today: 486 This Week: 22741 This Month: 104103 Total: 5051948