MEMBONGKAR DI SEBALIK MISTERI MH370


MEMBONGKAR DI SEBALIK MISTERI MH370

Dunia digemparkan dengan kehilangan pesawat MAS MH370 dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing hilang awal pagi 8 Mac 2014. Penerbangan itu yang membawa 227 penumpang dari 15 buah negara termasuk 2 orang bayi dan 12 anak kapal menjadi tumpuan dunia. Pesawat itu terputus hubungan daripada pusat kawalan udara Subang sekitar pukul 2.40 pagi iaitu hanya 2 jam setelah berlepas. Usaha pencarian dan penyelamatan bersama meliputi luas 30,000 km2 (12,000 batu²) di Teluk Thailand. Penerbangan tersebut berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 8 Mac pada 00:41 waktu tempatan (16:41 UTC, 7 Mac) dan dijadualkan untuk mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Ibu Kota Beijing (06:30 waktu tempatan, 8 Mac). Operasi besar-besaran mencari pesawat MH370 melibatkan lebih 30 pesawat dan 40 kapal dari berbagai masih tidak memberi sebarang petunjuk. Penggeledahan dilaut terbuka secara massa masih diteruskan. Berbagai-bagai kemungkinan dan teori ditonjolkn oleh berbagai-bagai pihak termasuk untuk memberi indikasi pencarian pesawat tersebut. Namun nasib pesawat MH370 kekal menjadi misteri. Adakah ini merupakan satu konspirasi peringkat tertinggi dari negara-negara atau pihak tertentu? Atau satu tragedi yang sungguh mistik? Adakah kelonggaran sistem pemeriksaan telah menyebabkan penumpang dapat menaiki pesawat dengan passport curi? Mungkinkah ini merupakan satu permainan perang teknologi yang menjadikan pesawat MH 370 sebagai mangsa keadaan? Buku ini mengkaji kronologi dan sebaik mungkin membongkar satu teori dan kemungkinan di sebalik tragedi MH370. Buku wajib baca oleh semua golongan dan sesuai untuk dijadikan rujukan bagi menghadapi kemungkinan tragedi akan datang.


Parallel Title
Author MEJAR (B) MOHAMMAD QAYYUM A. BADARUDDIN
ISBN 9789675994135
ISSN
Call Number 363.12465 MOH 2014
Publication CASAMAS RESOURCES SDN BHD
Publisher BANDAR BARU BANGI, SELANGOR
Year 2014
Physical Description 234 PAGES :COLOUR ILLUSTRATIONS ; 23 CM
Subject MALAYSIA AIRLINES FLIGHT 370 INCIDENT, 2014
AIRCRAFT ACCIDENTS --MALAYSIA
AIRCRAFT ACCIDENTS --INDIAN OCEAN
AIRCRAFT ACCIDENTS --INVESTIGATION --MALAYSIA
Related Names MAZNIZA MOHD NOR (EDITOR & BOOK DESIGNER)
KHAIRAH ISMAIL (EDITOR & BOOK DESIGNER)
URL
Availability:
The Lake Library Cafe MPSepang ( 1 Copy )

All Rights Reserved 2026

© ELIAS

Use Chrome or Firefox to experience the best display

Mobile display response to your device options

 

Version 5.4.2

Contact Us

Persiaran Semarak Api,

Taman Tasik Cyberjaya

63000 Cyberjaya, Selangor Darul Ehsan

 

Tel: 03-8319 0200 / 300

Fax: 03-8319 0220

Email: aduan@mpsepang.gov.my

(Maklumbalas Awam)

Email: webmaster@mpsepang.gov.my

(Maklumbalas Portal)

Today: 811 This Week: 4468 This Month: 7004 Total: 4523312