PERLEMBAGAAN MALAYSIA :ASAS-ASAS DAN MASALAH


PERLEMBAGAAN MALAYSIA :ASAS-ASAS DAN MASALAH

Sebahagian besar isi kandungan buku Perlembagaan Malaysia: Asas-Asas dan Masalah tulisan Abdul Aziz Bari membincangkan isu-isu semasa yang banyak menyentuh permasalahan perlembagaan. Antaranya melibatkan isu raja-raja, pengasingan kuasa, hak asasi, darurat, fitnah, kehakiman dan pilihan raya. Huraiannya jelas dan mudah. Banyak fakta yang melatari perkembangan Perlembagaan Malaysia sejak awal pelaksanaan khususnya yang melibatkan asas dan masalah mutakhir dibincangkan. Penulis berjaya mengupas isu perlembagaan yang kompleks dengan baik. Buku Perlembagaan Malaysia: Asas-Asas dan Masalah dibahagikan kepada dua bahagian. Bahagian pertama, yang diletakkan di bawah tema umum ‘landasan’ merupakan huraian-huraian tentang struktur dan kerangka perlembagaan kita. Ini perlu kerana perbincangan tema dan masalah perlembagaan perlu didahului dengan pengetahuan asas tentang struktur dan kerangka berkenaan. Ini bertujuan memberi gambaran atau senario umum bagi tema-tema yang akan dibincangkan dalam bahagian yang berikutnya. Bab-bab dalam bahagian pertama ini tidak berhasrat menggantikan bab-bab dalam buku teks yang ada dalam pasaran. Apa yang disajikan dalam bab-bab itu hanyalah perbincangan ringkas tentang aspek-aspek yang dirasakan penting dalam memahami perlembagaan. Bahagian dua pula, yang boleh dikatakan kesemuanya, adalah rencana-rencana yang telah disiarkan dalam Dewan Budaya. Inilah kelebihan buku daripada majalah. Rencana dalam akhbar atau majalah terpaksa dipendekkan: Ruang dan sifat media itu sendiri tidak mengizinkan perbahasan-perbahasan yang tuntas tentang perlembagaan. Inilah yang mendorong penerbitan semula karangan-karangan tersebut dalam bentuk buku. Meskipun demikian di sana sini mungkin ada pengulangan. Bagaimanapun ini sukar untuk dielakkan dalam sebuah buku seperti ini. Bagi pembaca yang ingin mengetahui lebih lanjut perkembangan Malaysia, buku ini amat sesuai dimiliki dan dibaca. Ia berguna sebagai sumber rujukan.


Parallel Title
Author ABDUL AZIZ BARI
ISBN 9789836271853
ISSN
Call Number 342.595 ABD 2015
Publication DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA
Publisher KUALA LUMPUR
Year 2015
Physical Description XXVII, 306 PAGES :ILLUSTRATIONS ; 23 CM
Subject CONSTITUTIONS --CRITICISM, TEXTUAL --MALAYSIA
Related Names
URL
Availability:
The Lake Library Cafe MPSepang ( 1 Copy )

All Rights Reserved 2026

© ELIAS

Use Chrome or Firefox to experience the best display

Mobile display response to your device options

 

Version 5.4.3

Today: 3486 This Week: 21263 This Month: 118610 Total: 4839943