AKU TERIMA NIKAHNYA :PELIKKAH CINTA TANPA BERKENALAN, KELUAR MAKAN-MAKAN, BERBALAS EMEL DAN SMS?
"Tarikh bertunang sudah dipersetuhui, cuma 'Mak' nak tanya sesuatu. Kamu pernahkah melihat yang empunya diri?" bakal ibu mertua saya bertanya. Beliau sudahpun membahasakan dirinya 'Emak'. "Belum, Mak," sayang menjawab sambil tersenyum. Saya dapat melihat wajah abang saya yang begitu terkejut. Macam mana adiknya boleh bersetuju untuk berkahwin dengan seorang yang belum pernah ditemui? Rakan-rakan yang mendapat tahu tentang pertunangan saya dengan seorang bakal doktor juga amat terkejut. Anda gilakah, Hasrizal? Kahwin dengan doktor! Anda tak takut kena tinggal?" Aku Terima Nikahnya adalah rakaman pengalaman penulis dalam membina damai pada sebuah kehidupan berumah tangga. Segalanya bermula dengan menilai cara diri memandang perkahwinan itu sendiri. Melihat perkahwinan sebagai medan untuk menerima, menjadikan kita sering gelisah dan hidup meminta-minta. Melihat perkahwinan sebagai medan untuk memberi, akan menjadikan kita lebih memikirkan soal PERANAN dan bukannya HAK yang tidak berkesudahan. Diolah dalam gaya santai dan pendekatan bercerita, dengan dialog-dialog biasa yang merencahi kehidupan sekitar dunia rumah tangga, buku ini menjanjikan pengalaman membaca yang mengasyikkan. Suami mahupun isteri dibawa menghargai keunikan diri masing-masing, mengiktiraf kelebihan dan mengakui kelemahan, lalu belajar untuk saling memahami... demi menyempurnakan perjalanan sebuah rumah tangga berbekalkan syariat Allah dan sunnatullah.
Parallel Title | |
---|---|
Author | HASRIZAL ABDUL JAMIL |
ISBN | 9789830971896 |
ISSN | |
Call Number | 297.577 HAS 2012 |
Publication | GALERI ILMU SDN BHD |
Year | 2012 |
Physical Desciption |
227 PAGES ; 22 CM
|
Subject |
MARRIAGE --RELIGIOUS ASPECTS --ISLAM
FAMILIES --RELIGIOUS ASPECTS --ISLAM DOMESTIC RELATIONS |
Related Name | |
URL |
The Lake Library Cafe MPSepang | ( 1 Copy ) |