PROJEK SERAM :HUTAN


PROJEK SERAM :HUTAN

YAKSHA - Sejak kawan baiknya Roslee meninggal dunia, sikap dan perilaku Azmi berubah 180 darjah. Daripada suami dan ayah yang penyayang, Azmi berubah menjadi perengus. Keadaan semakin bertambah parah apabila seorang lagi rakannya meninggal dunia. Sejak itu, dia sering dibayangi ketakutan yang tidak diketahui daripada mana puncanya. Rakan-rakannya satu per satu bangkit menuntut pembelaan daripada Azmi. Azmi terpana, dia tidak tahu bagaimana untuk bertindak. Dia bimbang, andai gilirannya tiba. Adakah mampu untuknya bersyahadah?. SUARA HUTAN - Amirul dan Mika bersahabat baik. Ramai yang maklum akan keakraban mereka. Namun, realiti sebenar terbongkar ketika mereka membawa Zack melancong ke Royale Belum. Zack merupakan seorang penyanyi yang mahu mencari ketenangan setelah mengalami masalah pada peti suara. Kengerian bermula sebaik sahaja mereka mendengar suara hutan dan kemunculan bunga harum sundal malam. Satu persatu perkara ganjil dan kecelakaan berlaku. Siapakah Tijah yang dirantai dan dikurung di sebuah pondok di dalam hutan itu? Adakah Mika dan Amirul masih saling mempercayai? Apakah motif sebenar Zack? 'Maut menjemput tatkala mendengar suaraku.' PUAKA HUTAN BRINCANG - Mizan baru pulang dari cuti semester akhir tahun universitinya. Dia gemar berjoging dan berbasikal di kawasan berhampiran Hutan Brinchang. Mizan mengalami satu kemalangan kecil di mana basikal yang dinaikinya tergelincir ke jurang di tepi hutan. Dia mengalami kecederaan dan sesat di dalam hutan. Kehilangan Mizan mula dicari keluarganya. Tiba-tiba Mizan muncul dengan kaki berbalut di hadapan rumahnya pada petang itu. Kepulangan Mizan membawa bersama satu rahsia yang bakal terungkap. Mizan dirasuk dan tidak sedarkan diri. Selama semalaman dia pengsan dan bermimpi berada dalam situasi di mana pembunuhan ngeri telah berlaku.


Parallel Title MAUT MENJEMPUT TATKALA MENDENGAR SUARAKU
Author FAIZUL RAHIM
ISBN 9789674980559
ISSN
Call Number F FAI 2020
Publication GRUP BUKU KARANGKRAF SDN. BHD.
Publisher SHAH ALAM, SELANGOR
Year 2020
Physical Description 377 PAGES ; 19 CM
Subject MALAYSIAN FICTION (MALAY)
GHOST STORIES, MALAY
MALAY FICTION
Related Names SUFI ABQARI
JULIE JASMIN
URL
Availability:
The Lake Library Cafe MPSepang ( 1 Copy )

All Rights Reserved 2026

© ELIAS

Use Chrome or Firefox to experience the best display

Mobile display response to your device options

 

Version 5.4.3

Today: 1591 This Week: 0 This Month: 33035 Total: 4754368