PROJEK SERAM :GRAB
SERU - Azwani selalu melanggan Grab Kamarul yang kebetulan adalah rakan setingkatan di sekolah menengah dulu. Kamarul dalam diam merancang sesuatu yang buruk terhadap Azwani. Cinta palsu dan kemewahan dijadikan umpan. Sihir pula dijadikan pengantara. Rahsia terbongkar, lalu pelbagai perkara aneh lagi seram mula berlaku. Satu demi satu menerima musibah… HILANG - Pemandu kereta Nissan Almera itu mengeluarkan tawa yang menyeramkan. Gembira dengan kematian yang menimpa dua orang manusia tadi. Selajur kabus tebal menyelubungi, kereta Grab itu hilang daripada pandangan. Membawa misteri yang tidak terungkai bersama. JANUARI - Kemunculan gadis berbaju kurung merah di kawasan perindustrian terbiar itu membuatkan tempat itu menjadi ‘panas’ di kalangan pemandu GrabCar sejak lima tahun lalu. Pemandu GrabCar sering diganggu saat melalui jalan itu. Anehnya, kejadian itu hanya berlaku pada bulan Januari. Bila Januari berlalu, kawasan itu kembali sunyi lagi sepi.
| Parallel Title |
"SATU PERJALANAN MENUJU KEMATIAN..."
|
|---|---|
| Author | FITRI HUSSIN |
| ISBN | 9789674980184 |
| ISSN | |
| Call Number | F FIT 2022 |
| Publication | GRUP BUKU KARANGKRAF SDN. BHD. |
| Publisher | SHAH ALAM, SELANGOR |
| Year | 2022 |
| Physical Description |
395 PAGES ; 19 CM
|
| Subject |
HORROR TALES, MALAYSIAN
GHOST STORIES, MALAY MALAY FICTION |
| Related Names |
ARIFFUL BAQI
HASRUDI JAWAWI |
| URL |
| The Lake Library Cafe MPSepang | ( 1 Copy ) |

