HAMKA DAN MISI PEMBEBASAN
Siapakah HAMKA sebagai sosok pejuang dan pendakwah? Apakah keistimewaan karya beliau yang kekal dengan kisah yang terkesan kepada emosi dan jiwa pembaca? Benarkah karya kreatif HAMKA mengandungi misi pembebasan? Jika benar, pembebasan yang bagaimana yang diperjuangkan? Jawapannya termuat dalam buku yang sekarang berada di tangan pembaca. HAMKA; putera terbaik alam Melayu yang telah memberikan sumbangan besar kepada kemanusiaan. Perjuangan kemanusiaan yang terpenting ialah misi pembebasan. Berbekalkan keyakinan tersebut, buku ini secara khusus menganalisis misi pembebasan yang tertuang dalam karya kreatif HAMKA merangkumi novel dan cerpen. Buku ini diolah daripada kajian akademik yang telah ditekuni oleh penulis, hasil daripada aplikasi metodologi yang diiktiraf dan rujukan yang autentik. Pembacaannya akan menyingkap ruang penerokaan yang lebih luas berkaitan ketokohan HAMKA dan persoalan pembebasan. Penulisan ini amat sesuai dibaca oleh semua golongan; pelajar, pengagum HAMKA, ahli akademik, peminat sastera, aktivis sosial dan masyarakat awam.
Parallel Title | |
---|---|
Author | YUS'AIMAN YUSOFF |
ISBN | 9789672998587 |
ISSN | |
Call Number | 808.803581 YUS 2022 |
Publication | ARAS MEGA (M) SDN BHD |
Year | 2022 |
Physical Desciption |
X, 198 PAGES :ILLUSTRATIONS ; 23 CM
|
Subject |
LIBERTY IN LITERATURE
INDONESIAN LITERATURE --HISTORY AND CRITICISM |
Related Name |
SITI FATIHA YAHYA (EDITOR)
MOHD. NAZIM UDIN (ILLUSTRATOR) AQILAH ZAINUDDIN (ILLUSTRATOR) |
URL |
The Lake Library Cafe MPSepang | ( 1 Copy ) |