PROJEK SERAM :TELAGA
TAMAN BUKIT TELAGA - KEMATIAN tunang Hazami secara misteri mendapat tamparan hebat bagi seluruh ahli keluarga. Laporan forensik juga menunjukkan tidak ada sebarang tanda penyakit serius. Hazami nekad untuk menyiasat sendiri punca kematian tunangnya. Pencarian bermula dari sebuah taman perumahan. Dengan bantuan kawan baiknya iaitu seorang anggota polis, penduduk di taman itu banyak menyimpan rahsia yang tidak diketahui oleh dunia luar. Menurut sumber yang dipercayai, mereka mengamalkan amalan paganisme. Semuanya berpunca daripada telaga tua di tengah hutan. Tanpa disangka, ada rahsia besar dan bahaya sedang menanti Hazami. 7 PERMINTAAN - Azhan bertemu seorang lelaki misteri di sebuah warung berdekatan dengan telaga itu. Lelaki itu bercerita tentang telaga yang boleh memperkenankan hajat. Pada mulanya, dia skeptik dengan keajaiban telaga itu, tapi akhirnya dia percaya selepas melihat satu demi satu impiannya tercapai. Apabila kegilaan menguasai, dia ingin menghidupkan kembali keluarganya yang sudah mati. Peristiwa ngeri berlaku setelah keluarganya muncul kembali. MISTERI PEKAN TELAGA HITAM - Kehadiran sekumpulan remaja di Pekan Telaga Hitam untuk melakukan aktiviti paranormal mengundang rasa kurang senang ‘penduduk asal’ di pekan itu. Keterujaan mereka untuk merungkai misteri di banglo tinggalan zaman Jepun itu akhirnya membawa padah. Seorang demi seorang menjadi korban!
| Parallel Title |
"SYAITAN DISEMBAH, MANUSIA TERJERAT. SEKALI TERJEBAK, SELAMANYA TERIKAT."
|
|---|---|
| Author | NOORFADZILLAH |
| ISBN | 9789674980856 |
| ISSN | |
| Call Number | F NOO 2022 |
| Publication | GRUP BUKU KARANGKRAF SDN. BHD |
| Publisher | SHAH ALAM, SELANGOR |
| Year | 2022 |
| Physical Description |
420 PAGES ; 19 CM
|
| Subject |
MALAYSIAN FICTION (MALAY)
MALAY FICTION |
| Related Names |
RIZAL RAMLI
S. KAUSARI |
| URL |
| The Lake Library Cafe MPSepang | ( 1 Copy ) |

