Dalam sejarah politik tanah air, perjuangan rakyat tidak pernah sunyi daripada cerita-cerita yang mewarnai kemeriahan berpolitik serta kepenggunaan system demokrasi bagi mencapai cita-cita. Hal ini menimbulkan tarikan yang menyalai semangat anak-anak watan untuk bergerak seiring dengan perkembangan semasa. Pertarungan di gelanggang politik tidak pernah lesu sejak bermulanya tamadun Melayu yang sangat erat dengan kuasa alam gugusan Nusantara.
Sejak awal, penentangan senantiasa wujud dan kekalahannya dianggap menderhaka. Anwar adalah ikon pada waktu ini yang membawa gagasan rakyat untuk menukar sejarah. Menentang bukan lagi sebagai penderhaka tetapi membuka jalan keluar untuk tamadun Melayu. Kalah dan menang adalah takdir baru yang melengkapkan kehidupan.