A-Z MENJAHIT BAJU MELAYU
Baju melayu merupakan pakaian warisan budaya masyarakat Melayu yang juga pakaian tradisional negara Malaysia. Selain dipakai semasa majlis tertentu seperti kenduri, majlis perkahwinan dan hari raya, baju ini turut dipakai untuk ke majlis rasmi seperti penyampaian hadiah, mesyuarat dan sebagainya. Kebiasaannya, baju melayu dipakai berserta dengan seluar baju melayu. Walau bagaimanapun, baju melayu juga sesuai dipadankan dengan kain sarung untuk menghadiri acara-acara biasa seperti solat berjemaah di surau atau masjid dan juga majlis ilmu. Senario hari ini, lebih ramai individu mengupah orang menjahit pakaian berkenaan berbanding mencuba sendiri. Hal ini disebabkan oleh beberapa perkara termasuk kekangan masa. Pun begitu, tidak dinafikan masih ada individu yang suka mencuba. Maka atas kesedaran yang ada, penulis terpanggil untuk mendokumentasi dan menyebarkan ilmu menjahit pakaian warisan ini agar tidak lapuk ditelan masa.
Author | ZALIHA ARIFFIN |
---|---|
ISBN | 9789676123824 |
ISSN | |
Call Number | 646.402 : ZAL 2010 |
Publication | UTUSAN PUBLICATIONS & DISTRIBUTORS SDN BHD |
Year | 2010 |
Physical Desciption | XVIII, 110 PAGES : COLOUR ILLUSTRATIONS, COLOUR PHOTOGRAPHS ; 30 CM |
Subject |
TAILORING -- PATTERNS
DRESSMAKING -- HANDBOOKS, MANUALS, ETC |
Related Name | |
URL |
The Lake Library Cafe MPSepang | ( 1 Copy ) |