BERANI TANPA SEGAN


BERANI TANPA SEGAN

RAMAI orang kata dia kebal, sebab itu dia berani menulis apa sahaja. Tetapi bagi Tan Sri Abdullah Ahmad, atau lebih dikenali Dolah Kok Lanas @ DKL, dia menulis apa yang dirasakan perlu. Katanya: “Saya tidak ada kekebalan, yang ada hanyalah kebenaran.” Baik di media dalam mahupun luar negara, semua tulisannya – juga ceramah-ceramahnya di pentas global adalah berdasarkan kebenaran. Coretan dan kata-katanya adalah hasil penelitian selama berpuluh tahun sebagai wartawan, ahli politik, anggota kabinet dan diplomat. Lahir dan memulakan pendidikan awal di Kelantan, DKL memasuki sekolah elit MCKK dan alumni Cambridge dan Harvard. Menerima latihan politik daripada Perdana Menteri Kedua, Tun Abdul Razak Hussein, dia pernah menjadi Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Ahli Parlimen, anggota cabinet dan Duta Khas Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Tetapi, pengalaman paling menarik ialah sebagai wartawan dan Ketua Pengarang Kumpulan The New Straits Times di mana dia memperoleh kemahiran menulis. Walaupun telah sepuluh buku dihasilkan, pena DKL tidak pernah tumpul. “Saya akan terus menulis,” katanya.


Parallel Title
Author TAN SRI ABDULLAH AHMAD
ISBN 9789831247754
ISSN
Call Number 320.9595 ABD 2012
Publication GRUP BUKU KARANGKRAF SDN BHD
Publisher SHAH ALAM
Year 2012
Physical Description 290 PAGES ; 22 CM
Subject
Related Names
URL
Availability:
The Lake Library Cafe MPSepang ( 1 Copy )

You may also like

All Rights Reserved 2026

© ELIAS

Use Chrome or Firefox to experience the best display

Mobile display response to your device options

 

Version 5.4.3

Today: 1223 This Week: 33241 This Month: 159413 Total: 4675721