PENYELIDIKAN TERKINI NISAN ACEH DI SELANGOR


PENYELIDIKAN TERKINI NISAN ACEH DI SELANGOR

Buku ini membincangkan mengenai batu nisan Aceh yang telah ditemukan di Selangor pada tahun 2006. Penemuan batu nisan Aceh di Selangor adalah hasil daripada kerja-kerja survei dan juga ekskavasi arkeolagi yang telah dijalankan secara sistematik di tapak kampung Lubuk Jaya Kuala Selangor. Taburan penemuan batu nisan Aceh di Selangor terdapat di daerah Kuala Selangor, Batu Tiga, Shah Alam, Petaling dan Puchong. Keseluruhan jumpaan batu nisan Aceh di Selangor sehingga buku ini diterbitkan adalah sebanyak 53 unit. Melalui bukti dan artifak yang ditemukan, ternyata telah adanya hubungan sosio budaya yang terjalin antara Kesultanan Selangor dan Aceh di Selangor. Tinggalan warisan budaya batu nisan Aceh di Selangor memberikan bukti kesamaan warisan budaya, khususnya dari sudut seni rupa dan betapa mesranya pemikiran dan estetika seni budaya dalam kedua- dua rumpun Melayu ini. Kekuatan isi dalam buku ini terletak pada kesahihan sumber yang digunakan, lengkap dengan gambar bagi memudahkan pembaca memahami tentang perkara yang dibincangkan. Penerbitan buku ini akan memberikan sumbangan yang besar dalam penyelidikan batu nisan Aceh di Malaysia.

Parallel Title
Author INTAN SALINA IDRUS
ISBN 9789832563082
ISSN
Call Number KS 726.807059 : INT 2015
Publication PERBADANAN ADAT MELAYU DAN WARISAN NEGERI SELANGOR (PADAT)
Year 2015
Physical Desciption 138 PAGES : COLOUR PHOTOGRAPHS ; 26 CM
Subject SEPULCHRAL MONUMENTS -- RESEARCH -- SELANGOR
TOMBS -- RESEARCH -- SELANGOR
Related Name
URL
Availability:
The Lake Library Cafe MPSepang ( 1 Copy )