SULAMAN KELINGKAN MELAYU


SULAMAN KELINGKAN MELAYU

Buku Sulaman Kelingkan Melayu ini memfokuskan kepada perkembangan seni sulaman kelingkan dalam kalangan masyarakat melayu. Fokus perkembangna seni sulaman kelingkan ini dibahagikan kepada tiga iaitu di Semenanjung Malaysia, di Kepulauan Borneo dan di Kepulauan Indonesia. Melalui kajian dan pengamatan yang dilakukan, buku ini mengupas perkembangan, perubahan, perbezaan dan kaitan yang terdapat antara Semenanjung Malaysia, Kepulauan Borneo dan Kepulauan Indonesia. Istilah negara serumpun itu menjelaskan bahawa perkongsian budaya itu sangat rapat dan erat. Dalam kajian yang dilakukan, menunjukkan bahawa memang terdapat persamaan penghasilan seni sulaman kelingkan ini antara Semenanjung Malaysia, Kepulauan Borneo dan Kepulauan Indonesia, namun begitu, kreativiti yang ada dalam diri manusiadan masyarakat itu telah menghasilkan kepelbagaian penghasilan seni sulaman kelingkan. Kepelbagaian yang dimaksudkan ialah bekaitan corak dan teknik sulaman kelingkan serta cara dan gaya penghasilannya. Di sini kita akan dapat melihat bagaimana seni sulaman kelingkan di Selangor yang telah bermula di istana semasa zaman Tengku Ampuan Jemaah ternyata mempunyai perbezaan daripada teknik penghasilannya serta motif dan corak sulaman kelingkan itu sendiri. Ternyata perbezaan ini dilihat agak unik dan inilah akhirnya nanti akan diklasifikasikan sebagai seni sulaman kelingkan Selangor.

Parallel Title
Author MOHD SUBLI MUSA
ISBN 9789832563051
ISSN
Call Number KS 746.440432 : MOH 2015
Publication PERBADANAN ADAT MELAYU DAN WARISAN NEGERI SELANGOR (PADAT)
Year 2015
Physical Desciption 134 PAGES : COLOUR PHOTOGRAPHS ; 26 CM
Subject EMBROIDERY -- HISTORY
ETHNIC EMBROIDERY -- MALAYSIA
MALAYS (ASIAN PEOPLE) -- CLOTHING
Related Name
URL
Availability:
The Lake Library Cafe MPSepang ( 1 Copy )