If you want to search beyond our library catalogue, please login or register for new member.

KRU PARANORMAL : BAPHOMET


KRU PARANORMAL : BAPHOMET

Imtiaz, Zamir dan Huda, tiga sahabat yang mengendalikan saluran YouTube mereka sendiri bernama Kru Paranormal, yang memfokuskan pada kisah-kisah misteri dan mistik. Tanpa disangka, perbualan mereka bertiga tentang hantu kepala kambing menjadi perbualan terakhir mereka bersama apabila Zamir terkorban dalam satu letupan feri. Imtiaz yang berada di tempat kejadian sempat merakam seorang pemuda memanjat bumbung feri itu. Setelah meneliti rakaman itu, didapatinya ada bayangan manusia berkepala kambing di sisi pemuda itu sebelum letupan berlaku. Mayat Zamir ditemui, namun Huda sering menerima panggilan telefon daripada Zamir yang mengatakan dia tersesat dan tidak tahu di mana dia berada. Apakah yang sebenarnya berlaku? Sementara itu, Inspektor Rahil tidak menyangka kes letupan feri ini membuatkannya terpaksa menghadapi semula kegagalan masa lampau. 17 tahun lalu, dia telah gagal menyelamatkan anak Encik Halim, dan kini, dia perlu berhadapan semula dengan lelaki itu untuk membawa berita malang seorang lagi anaknya, Zamir. Maruahnya sebagai pegawai polis perlu ditebus semula. Bersama-sama Koperal Darina, penyiasatan mereka membongkar sesuatu yang tak masuk dek akal, dan ada suatu kuasa yang menakutkan sedang mencaturi banyak nyawa tanpa sedar.

Author KHAIRUL NIZAM KHAIRANI
ISBN 9789673696086
ISSN
Call Number JF : KHA 2022
Publication OPEN BRIDGE PUBLICATION SDN BHD
Year 2022
Physical Desciption 130 PAGES ; 19 CM
Subject MALAYSIAN FICTION, MALAY
MALAY FICTION
PARANORMAL FICTION
Related Name ZAKI ZAINOL (EDITOR)
ZUL FADHLI KAMARRUDIN (ILLUSTRATOR)
URL
Availability:
The Lake Library Cafe MPSepang ( 1 Copy )