SIRI CERITA HANTU :PUAKA KANTIN SEKOLAH


SIRI CERITA HANTU :PUAKA KANTIN SEKOLAH

Kerana sebuah diari, Athirah telah diminta untuk berpindah dari Sekolah Tunku Bendahara. Ibu bapa dan rakan-rakannya bingung, apakah kandungan diari itu sehingga Athirah dihukum sebegitu berat? Hanya Athirah dan guru disiplin yang meneliti kandungan diari itu sahaja yang tahu apa yang tercoret di dalamnya. Athirah mengunci mulut, dan guru itu pula pantang menyebut, menyimpan rahsia. Tiba masa peperiksaan SPM, Athirah nekad. Dia menunggang basikal sendirian sejauh 60 km, pulang ke asrama Sekolah Tunku Bendahara. Dia mahu menduduki peperiksaan di sekolah lamanya itu juga walaupun dilarang ibu bapanya. Athirah ada sesuatu yang mahu dibuktikannya. Namun, hujan lebat dan kemalangan kecil telah menyebabkan dia terkandas di sebuah sekolah kosong. Mulanya Athirah menyangka ia adalah sekolah tinggal, tetapi rupa-rupanya kantin sekolah itu masih dihuni oleh pasangan suami isteri dan seorang anaknya. Namun, sikap anaknya itu agak pelik, dan lama-kelamaan membuatkan Athirah berfikir, mungkin keluarga itu bukan manusia! Kisah yang berlaku dalam buku ini mungkin pernah benar-benar berlaku kepada kawan kepada kawan kita, atau sepupu kepada kawan kepada kawan kita. Yakinlah, alam ghaib itu wujud. Ia sentiasa menjadi misteri kepada kita, dan rahsia kepada orang-orang yang dianugerahkan Tuhan untuk melihatnya. Malam semakin larut, dan Athirah menyaksikan kematian di sekelilingnya. Apakah yang sedang berlaku di kantin sekolah itu? Apa yang terkandung dalam diari Athirah? Jawapan kepada persoalan-persoalan ini akan membawa kepada penghujung yang tidak dapat dijangkakan!


Parallel Title
Author KHAIRUL NIZAM KHAIRANI
ISBN 9789673695508
ISSN
Call Number JF KHA 2021
Publication OPEN BRIDGE PUBLICATION SDN BHD
Publisher BATU CAVES, SELANGOR
Year 2021
Physical Description 120 PAGES ; 20 CM
Subject MALAYSIAN FICTION (MALAY)
MALAY FICTION
GHOST STORIES, MALAY
Related Names ZAKI ZAINOL (EDITOR)
URL
Availability:
The Lake Library Cafe MPSepang ( 1 Copy )

All Rights Reserved 2025

© ELIAS

Use Chrome or Firefox to experience the best display

Mobile display response to your device options

 

Version 5.4.2

Contact Us

Persiaran Semarak Api,

Taman Tasik Cyberjaya

63000 Cyberjaya, Selangor Darul Ehsan

 

Tel: 03-8319 0200 / 300

Fax: 03-8319 0220

Email: aduan@mpsepang.gov.my

(Maklumbalas Awam)

Email: webmaster@mpsepang.gov.my

(Maklumbalas Portal)

Today: 551 This Week: 3168 This Month: 2065 Total: 3503673