MEMBONGKAR RIWAYAT 50 ILMUAN ISLAM TERSOHOR YANG PATUT DITELADANI


MEMBONGKAR RIWAYAT 50 ILMUAN ISLAM TERSOHOR YANG PATUT DITELADANI

Sesungguhnya, jika hadiah Nobel telah mula diperkenalkan sejak abad ke-9 lagi, tidak syak lagi bahawa penerima anugerah tersebut bermula daripada abada ke-9 hinggalah abad ke-15, semuanya akan dibolot oleh cerdik pandai Islam! Pelbagai ikon menjadi pujaan dan sebutan dalam kalangan generasi muda serta anak-anak remaja kini. Ada antara mereka termasuklah para artis dan selebriti baik di peringkat antarabangsa mahupun di peringkat tempatan. Namun kurang sekali antara kita khususnya umat Islam mengambil tahu akan tokoh-tokoh ilmuwan Islam yang banyak menyumbang jasa dalam membawa agama Allah ini. Sejak abad ke-8 hinggalah abad ke-15, sejarah ketamadunan Islam telah berjaya mewarnai sisi peradaban Islam dengan penuh kegemilangan yang amat mengagumkan. Sepanjang tempoh lebih daripada 700 tahun, telah menyaksikan kelahiran ratusan bahkan ribuan ilmuwan Islam yang cemerlang, yang telah berjaya membuka mata para cerdik pandai Barat tentang kegemilangan cerdik pandai Islam terdahulu serta betapa besarnya sumbangan mereka terhadap perkembangan ilmu moden serta pencapaian sains teknologi sekarang. Sebagai menjunjung tinggi ketinggian ilmu serta dengan mengambil ibrah daripada turunnya wahyu pertama yang bermula dengan kalimah Iqra’ atau bermaksud ‘Bacalah’; buku ini ditulis.


Parallel Title
Author SHAFIE ABDUL RAHMAN
ISBN 9789672278092
ISSN
Call Number 922.97 SHA 2019
Publication HIJJAZ RECORDS PUBLISHING
Publisher PETALING JAYA, SELANGOR
Year 2019
Physical Description IX, 505 PAGES :COLOUR ILLUSTRATIONS, COLOUR PHOTOGRAPHS ; 21 CM
Subject MUSLIM SCHOLARS --BIOGRAPHY
Related Names
URL
Availability:
The Lake Library Cafe MPSepang ( 1 Copy )

All Rights Reserved 2026

© ELIAS

Use Chrome or Firefox to experience the best display

Mobile display response to your device options

 

Version 5.4.3

Today: 1753 This Week: 6661 This Month: 28301 Total: 4544609