JEJAK RASULULLAH DI SYURGA BAQI'


JEJAK RASULULLAH DI SYURGA BAQI'

Setelah penghijrahan Nabi SAW ke bumi Madinah. Satu persatu perubahan telah berlaku ke atas bumi bertuah ini. Bumi Madinah yang dahulunya merupakan tanah yang biasa berubah menjadi istimewa asbab daripada penghijrahan Rasulullah SAW. Di sana bermula segalanya, di sana juga terdapat lima tanda syurga. Antaranya adalah Jannatul Baqi’. Kawasan yang menyemadikan kebanyakan para sahabat, para tabiin, dan orang orang yang berjuang untuk agama. Sehingga sekarang Jannatul Baqi’ merupakan kawasan perkuburan bagi penduduk Madinah sejak 1400 tahun yang lepas. Sesiapa sahaja yang meninggal di Kota Madinah dalam kalangan umat Islam akan disemadikan di Baqi’, termasuklah jemaah haji dan umrah yang datang sebagai penziarah ke Kota Madinah. Kenapa dipanggil Jannatul baqi ? Kenapa tanah Baqi yang dipilih ? Apa bezanya Baqi’ daripada tanah perkuburan yang lain ? Di manakah letaknya pusara sahabat sahabat dan keluarga Nabi SAW? Selamilah seribu satu cerita mengenai Jannatul Baqi’ dalam buku ini yang pastinya membuat para pembaca berasa ingin menjejak kaki ke bumi Madinah dan menziarahi Baqi’. Mudah – mudahan hasil bacaan akan menjadi asbab hidayah kepada seluruh umat untuk mencintai ahli Baqi’.


Parallel Title
Author AHMAD FARKHAN DAIE
ISBN 9789672250692
ISSN
Call Number 297.63 AHM 2020
Publication MUST READ SDN BHD
Publisher BATU CAVES, SELANGOR
Year 2020
Physical Description X, 141 PAGES :COLOUR PHOTOGRAPHS ; 21 CM
Subject PROPHETS IN THE QUR'AN
Related Names ABU MUADZ
SHAFIKAH IZYANIE SHAHRER (EDITOR)
URL
Availability:
The Lake Library Cafe MPSepang ( 1 Copy )

All Rights Reserved 2026

© ELIAS

Use Chrome or Firefox to experience the best display

Mobile display response to your device options

 

Version 5.4.3

Today: 5624 This Week: 0 This Month: 123775 Total: 4640083