KING HAIDAR


KING HAIDAR

Takdir mereka sudah lama terjalin. Mereka pernah mengalami fasa perpisahan seperti pasangan bercinta yang lain. Suria Andreana menjangkakan kisah cintanya dan Raja Haidar sudah berakhir. Namun, semuanya menjadi kompleks apabila lelaki itu kembali muncul dalam hidupnya. Tapi kali ini Suria tahu yang Haidar bukanlah sembarangan orang. Dia tahu perpisahan mereka dulu juga ada kisah di sebaliknya. Dan kemuncaknya, satu rahsia terbongkar! King! Haidar juga dikenali dengan nama King. Dia bukanlah sekadar lelaki gentleman yang ceria dengan senyuman berlesung pipitnya. Personanya jauh lebih gelap daripada itu! Tapi, itulah yang buatkan Suria lebih tertarik pada Haidar. “You intrigued me. And I was attracted to you, like ferum to magnet – SURIA ANDREANA. Rupa-rupanya banyak rahsia yang tersimpan. Baik Suria mahupun Haidar. Bagaikan satu kotak pandora yang dibuka, hidup Suria terus kacau-bilau setelah itu. Ada harga yang harus dibayar. Dia kini menjadi buruan seseorang yang dipanggil Ghost X. Let’s make a deal. Kalau awak setuju untuk kahwin dengan saya, saya akan beritahu awak saya siapa – RAJA HAIDAR. Tawaran yang sungguh menarik! Sungguh... sungguh... Suria tertarik dengannya. Namun, perkahwinannya dengan Haidar bukanlah satu penyelesaian. Rupa-rupanya, itu adalah satu permulaan! Rahsia demi rahsia. Kejutan demi kejutan. Pengkhianatan demi pengkhianatan. Dan ada nyawa yang dipertaruhkan. “Do you trust me, little sun?” – RAJA HAIDAR. Ya! Hanya Haidar yang dia percaya dengan nyawanya. Dalam menyelesaikan semuanya, mampukah kemenangan menjadi milik mereka?


Parallel Title TAKDIR MEREKA SUDAH LAMA TERJALIN
Author ANJELL
ISBN 9789674691905
ISSN
Call Number F ANJ 2022
Publication PENERBITAN KARYASENI SDN. BHD.
Publisher BANDAR TUN HUSSIEN ONN, SELANGOR
Year 2022
Physical Description III, 823 PAGES, 11 UNNUMBERED PAGES ; 19 CM
Subject MALAY FICTION
MALAYSIAN FICTION (MALAY)
Related Names
URL
Availability:
The Lake Library Cafe MPSepang ( 1 Copy )

All Rights Reserved 2025

© ELIAS

Use Chrome or Firefox to experience the best display

Mobile display response to your device options

 

Version 5.4.1

Today: 58 This Week: 0 This Month: 33023 Total: 3469950